China, Australia, Scotland antara peserta festival wau Kabong hujung minggu ini - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, March 6, 2018

China, Australia, Scotland antara peserta festival wau Kabong hujung minggu ini


KABONG: Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand, China, Australia, Ukraine, Afrika Selatan, Scotland merupakan antara 11 negara mengesahkan menyertai Festival Layang-Layang Antarabangsa Kabong 2018.

Festival berlangsung 10-11 Mac ini di Pantai Tanjung Kembang Kabong turut disertai peserta Sarawak sendiri dan Semenanjung Malaysia.

Mengutip laporan Utusan Sarawak, Pegawai Daerah Kabong Kamaludin Alkap memberitahu antara aktiviti yang turut dilangsungkan pada festival ini nanti ialah jualan serta pameran produk tempatan, pertandingan karaoke terbuka, Bike Autoshow serta sukaneka pantai.

Program lain yang turut dijalankan menurut beliau ialah pentas Malam Kabong Kite Festival, pertandingan tarik tali antara negara peserta, poco-poco, Pertandingan Gudi Ngambik, Pertandingan/ Pertunjukan Layang-Layang Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Dalam kenyataanya Kamaluddin berkata, ini merupakan penganjuran kali kedua festival selepas diadakan pada tahun lepas.

Selain meneruskan tradisi permainan layang-layang serta mempromosi pantai Kabong sebagai produk pelancongan, menurut Kamaluddin festival sebegini dapat dimanfaat menjana ekonomi serta memperkenalkan hasil produk tempatan kepada masyarakat luar. –Sarawakvoice

No comments:

Post a Comment