1MDB: Rancangan pihak mahu jatuhkan kerajaan

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kegagalan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) disebabkan oleh tindakan pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Perdana Menteri berkata, masalah timbul apabila usaha 1MDB mahu menyenaraikan sebuah syarikat tenaga Edra Global Energy Berhad (Edra) digagalkan oleh pihak berkenaan yang menjadikan 1MDB sebagai isu politik.

“Bila isu ini dipolitikkan dengan pelbagai tohmahan kononnya RM42 bilion hilang, jadi Erda yang sepatutnya disenaraikan sebagai tawaran awam permulaan (IPO) dan dijangka mampu meraih antara RM18 hingga RM22 bilion daripada pasaran semasa senarai tidak dapat dilaksanakan.

“Maka timbullah masalah aliran tunai pada 1MDB,” katanya dalam sesi dialog dengan Penasihat Kepada Perdana Menteri Untuk Program Transformasi Negara (NTP), Datuk Seri Idris Jala dalam majlis Pelancaran Laporan Tahunan NTP 2017 di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE


Facebook Comment