WARGA EMAS DITEMUI LEMAS - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, February 25, 2018

WARGA EMAS DITEMUI LEMAS


25 Feb - BINTULU : Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang semalam (24.02.2018/7.00 malam) di Kuala Segan, Bintulu telah ditemui kira-kira pukul 3.20 minit petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad bin Meramit memberitahu mayat mangsa ditemui oleh pekerja kilang papan dimana kedudukan mangsa berada di tepi sungai berdekatan kilang papan tersebut.
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Dalahan bin Dibang berusia 62 tahun telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan yang selanjutknya
Menurut maklumat daripada laporan polis yang dibuat oleh isteri mangsa, suaminya telah keluar dari rumah Jumaat lepas kira-kira pukul 2.30 minit petang ke kawasan Sungai Kemena untuk menjala udang.
Pada pukul 4.00 petang semalam mangsa diberitahu telah menghubungi isterinya mengunakan telefon memaklumkan akan balik ke rumah pada petang berkenaan.
Tidak lama kemudian pada pukul 7.00 malam, Penghulu Kampung memaklumkan kepada isterinya bahawa bot milik mangsa telah dijumpai dalam keadaan terbalik di kawasan Kuala Segan, Bintulu.


No comments:

Post a Comment