[Video] Mengapa tidak perlu kasihan terhadap Rafizi dengan penjara 30 bulan - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, February 8, 2018

[Video] Mengapa tidak perlu kasihan terhadap Rafizi dengan penjara 30 bulan



https://youtu.be/VV22OMJYrQQ

Rafizi baru sahaja membuat cerita sedih bagaimana beliau berjuang untuk rakyat tetapi menerima hukuman penjara 30 bulan kerana “mendedahkan korupsi” di NFC.

Di akhir cerita sedihnya itu sudah pasti seperti biasa ialah untuk menagih simpati dari rakyat dan menyumbang bantuan kepada beliau.

Undang-undang tetap undang-undang. Walaupun tiada siapa pun mahu seseorang dihukum penjara, adalah penting untuk memaklumkan kepada anda semua apa yang sebenarnya berlaku mengenai Rafizi ini.

Dengan menggunakan penyata akaun bank milik NFC Corp pada 7 Mac 2012, Rafizi secara terbuka menuduh NFC Corp telah menyalahguna pinjaman mudah berjumlah RM250 juta untuk membeli kondominium mewah dan bukannya untuk menternak lembu.

Bagaimanapun, syarikat NFC telah menyanggah kenyataan ini dan menyaman malu ke atas Rafizi - kes ini telah dimenangi oleh NFC di mahkamah tinggi. Rafizi kemudiannya telah diarahkan membayar RM300,000 sebagai ganti rugi malu kepada NFC.

Secara asasnya, Rafizi telah melanggar akta BAFIA kerana mendedahkan penyata akaun sulit bank milik NFC dengan menjadikannya sebagai satu tuduhan yang kemudiannya ternyata adalah palsu di mahkamah.

Undang-undang mengenai BAFIA ini cukup jelas. Jika anda mendedahkan kepada orang lain penyata akaun bank milik orang lain, anda adalah melanggar akta tersebut. Dan Rafizi mengetahui perkara ini.

Mengapa pula perlu kasihan kepada beliau ini sedangkan beliau menyedari dan secara sedar melanggar undang-undang tersebut dengan memfitnah seseorang?

Rafizi bukanlah orang yang pertama “mendedahkan” masalah mengenai syarikat NFC tersebut. Pihak kerajaan yang pertama sekali “mendedahkan” isu NFC ini.

Pada tahun 2010, laporan oleh Ketua Audit Negara menyatakan NFC telah gagal mematuhi matlamat penubuhannya selepas menerima pinjaman mudah berjumlah RM250 juta dari pihak kerajaan.

Pada masa tersebut iaitu pada Mac 2012, dengan “pendedahan” oleh Rafizi tersebut, pihak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah pun menyiasat isu NFC ini berdasarkan kepada laporan yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara tersebut. Begitu juga dengan SPRM.


Rafizi bukannya seorang hero yang mendedahkan masalah NFC tersebut dan mengapa pula perlu “kasihan” kerana bertindak sebagai hero?

Anda juga perlu mengambil maklum tidak seperti mana dengan laporan yang terlalu mahal dengan harga RM305 juta bagi projek Terowong Pulau Pinang dan RM250 juta yang diluluskan oleh Muhyiddin Yassin, itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pinjaman mudah kepada NFC masih perlu dibayar bersama dengan kadar faedah atas pinjaman tersebut.

Benar, projek tersebut berdepan dengan masalah semasa pelaksanaannya – sebahagiannya kerana kegagalan kerajaan membina rumah penyembelihan serta juga jalan ke ladang tersebut – tetapi apa cara pun pihak NFC masih perlu membayar pinjaman tersebut beserta dengan kadar faedahnya.

Dengan mengatakan bahawa Rafizi tidak mendapat apa-apa faedah dari fitnahnya tersebut dan “pendedahan” yang melanggar undang-undang pada Mac 2012 tersebut adalah tidak benar.

Dengan sebab itu, imej Rafizi meningkat naik dari tidak memiliki apa-apa pun kemudiannya menjadi sebutan ramai. Beliau kemudiannya diberikan peluang untuk bertanding di kerusi parlimen Pandan pada PRU 13, di mana beliau telah memenanginya dan menerima ganjaran sebanyak RM29,000 setiap bulan dan bebas cukai selama-lamanya.

Dengan menggunakan nama beliau tersebut, beliau telah berjaya mengutip berjuta ringgit dari sumbangan orang ramai di mana wang sumbangan tersebut kemudiannya didapati untuk membayar perkhidmatan oleh syarikat milik Rafizi itu sendiri bagi membekalkan tenaga kerja iaitu Invoke.


Kemasyhuran dan keuntungan datang dengan cara ini iaitu “mendedahkan” isu NFC. Patutkan kita perlu kasihan kepada Rafizi yang “beliau tidak mendapat apa-apa pun” sedangkan beliau tahu telah melanggar undang-undang?

Dengan keberanian dan bersemangat beliau “mendedah” isu NFC tersebut, Rafizi kemudiannya kelihatan terus menerus memperhebatkan lagi tuduhan demi tuduhan atas apa jua.

Ini termasuklah dengan kegagalan Langkah Kajang yang mencetuskan perpecahan di dalam Pakatan Rakyat dan masalah kewangan Tabung Haji menyebabkan ramai pencarum mengeluarkan simpanan mereka dan hilang kelayakan giliran untuk menunaikan Haji.

Terkini ialah apabila Rafizi telah tersalah dengan menuduh Rahman Dahlan telah memberikan satu projek kepada “abangnya” kerana tokoh koporat tersebut mempunyai nama ayah yang hampir sama.


Walaupun Rafizi sedar beliau telah membuat kesilapan, tetapi beliau enggan untuk meminta maaf.

Dan siapa yang boleh lupa dengan testimoni beliau di dalam mahkamah mengenai dakwaan cincin berlian milik Rosmah hanyalah satu gurauan sahaja?


Selama ini, beliau telah banyak kali kalah di dalam kes kerana membuat tuduhan fitnah dan masih ada lagi kes yang sedang menanti.

Jangan kata kepada saya bahawa seseorang telah mendesak beliau untuk menabur fitnah. Beliau lakukan semua ini dengan sukarela - menyedari semua ini akan menjadikan beliau lebih menonjol.

Kasihan Rafizi? Saya fikir tidak sama sekali.

* Rakan dalam parti beliau sendiri pun menjauhkan diri dan tidak mahu terlibat dalam setiap fitnah yang beliau lemparkan.


LSS


No comments:

Post a Comment