Sihat Dan Bergaya Di Rumah Terbuka Dr Chan, Mungkinkah Sulaiman Kembali Ke Arena politik? - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, February 20, 2018

Sihat Dan Bergaya Di Rumah Terbuka Dr Chan, Mungkinkah Sulaiman Kembali Ke Arena politik?




Kemunculan bekas Timbalan Menteri Pelancongan Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib di rumah mertuanya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan pada hari pertama rumah terbuka Tahun Baru Cina menidakkan khabar angin bahawa beliau tidak sihat.Ketika di tanya tentang kurangnya kemunculan beliau dari pandangan umum yang dikatakan mempunyai masalah kasihatan beliau menjawab dengan senyuman yang lebar, "Saya baik-baik sahaja".

Beliau kemudiannya menyertai ayah mertuanya dan usahawan tempatan Datuk Philip Ting untuk minum di salah satu bilik peribadi di rumah agam besar itu. 


Bagaimanapun, menurut ibu mertuanya, Datuk Lorna Enan Muloon, Sulaiman sering berkunjung ke Kuching dan Singapura. 

Memetik kenyataan di Borneo Post ,beliau dikatakan diantara yang mengadakan perbincangan  tertutup  dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. 

Spekulasi berleluasa di kalangan anggota media yang hadir di rumah terbuka itu  mengatakan bahawa Sulaiman mungkin membuat kemunculan kembali ke arena politik seperti rancangan ayahnya. 

Bagaimanapun, beliau mungkin ditugaskan di Mukah untuk menggantikan penyandang Tan Sri Muhammad Leo Michael Toyat Abdullah yang tidak mahu dipilih semula. 

Sebelum ini, anak perempuan bongsu Taib, Dato Hanifah Taib dikhabarkan bakal mengambil alih tempat Tan Sri Leo Michael. 

Sulaiman adalah anak ketiga Taib.

No comments:

Post a Comment