Sarawak dijangka alami hujan, ribut petir hari ini - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, February 20, 2018

Sarawak dijangka alami hujan, ribut petir hari ini




KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 7.30 pagi tadi mengeluarkan ramalan cuaca hujan di satu dua tempat di Sarawak pada pagi ini.

“Pada masa yang sama ribut petir juga diramalkan di satu dua tempat petang ini manakala hujan bakal membasahi juga satu dua tempat pada sebelah malam.

Amaran ribut petir untuk seluruh perairan Sarawak juga dikeluarkan terutamanya di perairan Kuching, Mukah dan Bintulu.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

“Ia berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak memberitahu jadual air pasang pada hari ini adalah pada jam 7.56 malam pada ketinggian 5.7 meter manakala pada esok, sekitar jam 8.27 malam pada ketinggian 5.5 meter.

No comments:

Post a Comment