Rasuah: 2 pemain bolasepak Sarawak , seorang bookie direman


Dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang orang awam dipercayai bookie direman selama enam hari bagi membantu siasatan dipercayai menerima atau meminta suapan.

Majistret Mahkamah Kuching, Portia Tham Ong Leng membenarkan reman selama enam hari kepada tiga individu itu sehingga 21 Februari ini.

Ketiga-tiga suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Permohonan dibuat Pegawai Penyiasat SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala ketiga-tiga suspek tidak diwakili peguam.

Author:

Facebook Comment