#PRU14 #MOK4PARIT : Datuk Mok Berpotensi Jadi Menteri - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, February 20, 2018

#PRU14 #MOK4PARIT : Datuk Mok Berpotensi Jadi Menteri


Rata-rata warga di parlimen Parit bersembang diserata kawasan menyebut-nyebut nama Datuk Mok yang mempunyai kreativiti menduduki kerusi jemaah menteri. Mereka yakin Datuk Mok mempunyai peluang yang besar dan cerah kearah itu.. kata para pengundi dikawasan berkenaan.Datuk Mok nama sebenarnya Datuk Akmar Hisham bin Mokhles yang disebut-sebut akan dicalonkan untuk kerusi P069 Parlimen Parit pada PRU ke 14 ini.

Masyarakat besar dari pelbagai kaum di Parit telah berikrar akan memilih dan mengundi Datuk Mok pada hari mengundi nanti.

Kalangan penganalisa politik pula berpendapat, Datuk Mok memang wajar dipilih sebagai calon parlimen kerana beliau amat rapat dengan jemaah menteri.

" Ini memudahkan segala urusan yang bersabit dengan pembangunan sosio ekonomi penduduk Parit..." jelasnya.

Sambungnya, kami tidak menolak keyakinan orang ramai, bahawa Datuk Mok akan dilantik sebagai salah seorang jemaah menteri ini bertepatan dengan situasi terkini Datuk Mok bertugas di jabatan Perdana Menteri.

Para penganalisa politik yakin dan percaya Datuk Moh akan dicalonkan kerusi parlimen Parit pada pilihanraya umum ini kelak.

" Penduduk Parit beruntung kerana wakil rakyat mereka akan menduduki kerusi menteri kabinet..." kata penganalisa politik berkenaan.

Kalau ini terjadi ianya adalah sebagai satu sejarah bagi penduduk Parit kerana sebelum ini tidak ada yang difikirkan layak menduduki kerusi menteri.

Penganalisa politik itu selanjutnya, melahirkan keyakinan bahawa Datuk Mok akan beroleh kejayaan dengan majoriti yang terbesar memandangkan 95 peratus pengundi semua kaum menerima kehadiran Datuk Mok.

Nukhilan: Mohd Idris Adam

No comments:

Post a Comment