PRU-14: SENARAI NAMA CALON BN SARAWAK SUDAH LENGKAP ? - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, February 21, 2018

PRU-14: SENARAI NAMA CALON BN SARAWAK SUDAH LENGKAP ?


Apa-apa jua boleh berubah pada saat akhir. Demikian jugalah dengan nama calon yang akan mewakili Barisan Nasional pada pilihan raya ke-14 kelak. Keputusan muktamad berhubung siapa calon hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

Bagi calon dari Sarawak, sudah semestinya senarai akhir calon akan dimuktamadkan oleh Ketua Menteri, sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri. Tidak ada kompromi. Beliau juga secara tidak langsung juga telah menggariskan kriteria calon yang akan mewakili Barisan Nasional Sarawak pada PRU-14 kelak.

Hanya terpulang kepada penyandang dan mahu mengugurkan diri atau digugurkan. Di peringkat Ketua Menteri, sebelum ini beliau sudah memberikan "hint" akan calon yang beliau inginkan.

Dan bukan suatu yang rahsia menjelang PRU-14 ini, selain peranan beberapa agensi kerajaan yang akan memberikan maklumat berhubung calon kepada pihak atasan, juga terdapat kumpulan khusus yang akan melapor terus kepada Perdana Menteri.

Kumpulan ini bertaburan di seluruh negara untuk melaporkan secara terperinci berhubung bakal calon baharu, dari segi hubungan dengan akar umbi sehinggalah pendiriannya berhubung parti. Menurut sumber, laporan tersebut akan bandingkan dengan maklumat yang diterima oleh pihak Ketua Menteri, sebelum diputuskan secara bersama.

Sehingga saat kenyataan ini ditulis, maklumat berhubung senarai calon Barisan Nasional bagi seluruh Parlimen negeri Sarawak sudah sampai pada pihak atasan. Senarai untuk calon peringkat DUN dan Parlimen bagi negeri di Semenanjung dan Sabah juga sudah muktamad. Mungkin masa yang ada selepas ini adalah untuk mengedit, menilai dan memadam senarai calon yang tidak berkaitan.

Apa-apa pun, cakap-cakap pilihan raya hanyalah untuk merancakkan suasana. Betul atau tidak jangkaan dan spekulasi, biarlah dilihat sebagai untuk memeriahkan lagi suasana pilihan raya.

No comments:

Post a Comment