MBSA ucap selamat tinggal kepada Stadium Shah Alam, kini jadi milik syarikat swasta

Stadium Shah Alam Telah pun dah di swastakan...

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada Kompleks Stadium Shah Alam selepas kerajaan negeri bersetuju menyerahkan sepenuhnya pengurusan kompleks tersebut kepada Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) Sdn. Bhd.

MBSA terpaksa bersetuju dengan keputusan tersebut atas faktor kewangan akibat pengurangan hasil yang ketara selepas kerajaan negeri menjadikan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi pasukan PKNS FC yang diketahui tidak memiliki penyokong yang besar berbanding pasukan utama Selangor, The Red Giant.

Keputusan berhubung pengambilalihan ini telah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 1 November 2017 dan berkuatkuasa sepenuhnya bermula 1 Januari 2018 yang lalu. Selain itu, kerajaan negeri turut meluluskan dana awal sebanyak RM10 juta kepada DEFM untuk menguruskan kompleks stadium tersebut bagi tempoh tiga tahun pertama.

Tindakan menswastakan sepenuhnya pengurusan Stadium Shah Alam ini jelas sekali telah menafikan segala jasa dan sumbangan MBSA yang bertanggjawab memastikan stadium keramat itu menjadi sebahagian daripada simbol dan kebanggaan rakyat Selangor khususnya pasukan The Red Giant dalam arena bola sepak di Malaysia.




Author:

Facebook Comment