Lelaki Larikan Ambulan Hospital Umum Kuching Direman - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, February 21, 2018

Lelaki Larikan Ambulan Hospital Umum Kuching Direman

Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental, direman 4 hari bermula semalam selepas melarikan sebuah ambulans dari Hospital Umum Sarawak.

Perintah penahanan sehingga 24 Februari itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Kuchng, Sandy Yvette Freddy bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari semalam, lelaki 36 tahun itu melarikan sebuah ambulans milik Pusat Perubatan Pakar KPJ yang diletakkan di luar zon kecemasan hospital.

Ketika kejadian, petugas KPJ dilaporkan sedang membawa masuk seorang pesakit ke zon kecemasan dan meninggalkan kenderaan itu dalam keadaan enjin masih hidup.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Abang Junaidi Abang Annuar berkata suspek berjaya diberkas selepas meninggalkan ambulans di Jalan Green, berhampiran Wisma Saberkas sejam kemudian pada hari yang sama.





No comments:

Post a Comment