Di mana yang boleh, saya akan hapuskan tol, PM Najib

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang akan memansuhkan mana-mana tol kerana beranggapan pelaksanaan sistem tersebut hanya mendatangkan beban kepada rakyat.

“Saya tidak percaya kalau kita kenakan tol setiap hari, ianya baik untuk rakyat. Kalau Lebuhraya Utara-Selatan atau Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, ya, bayar tol sekali-sekala. Tetapi kalau bayar tol hari-hari, dua kali, empat kali,
sesiapa pun sakit hati”.

Kenyataan tersebut telah dibuat ketika berucap dalam sesi perkongsian Bajet 2018 Bersama Rakyat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Ujar beliau lagi, “Pemimpin terdahulu sangat percaya dengan tol. Saya tidak suka tol. Sebab itu Lebuhraya Pan Borneo tiada tol demi penduduk Sabah dan Sarawak, juga Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam, Eastern Dispersal Link dan tol Cheras sebelum ini, kita mansuh”.

Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri turut sempat menyatakan akan berusaha untuk memansuhkan mana-mana tol di kawasan yang bersesuaian.

“Di mana yang boleh, saya akan hapuskan tol. Menyakitkan hati dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kita boleh lakukannya kerana saya perlu betulkan keputusan-keputusan yang dibuat pentadbiran terdahulu”.

Beliau yang turut menyifatkan isu tol sebagai masalah warisan berjanji akan menanganinya jika kewujudan tol ini tidak menjadi kepentingan rakyat.



Author:

Facebook Comment