22 TINDAKAN ABANG JO SEBAGAI KM SARAWAK

 
 
Sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 13 Januari 2017, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah berikrar untuk membawa Sarawak melonjak ke hadapan dalam mencapai kemajuan dari konvensional kepada ekonomi digital.
Meskipun dilihat jarang mengambil pendekatan populis untuk meraih sokongan rakyat, namun pada tahun pertama sebagai Ketua Menteri, beliau telah melancarkan beberapa inisiatif dan pelan tindakan yang meyakinkan untuk mempercepatkan tranformasi ekonomi.
Tanpa melupakan dasar-dasar yang diperjuang pemimpin terdahulu, Abang Jo berusaha untuk memberi harapan yang lebih cerah untuk masa depan generasi muda di negeri ini.
Berikut antara 22 inisiatif dan pelan tindakan yang telah dilancarkan beliau pada tahun pertama sebagai Ketua Menteri Sarawak;
1. Empangan Bakun
- Mengambil alih Empangan Bakun (2,400 megawatt) di Ulu Belaga pada 15 Ogos 2017
2. Bank Pembangunan Sarawak (DBOS)
- Ditubuhkan pada 3 November 2017 untuk membiayai projek-projek strategik di Sarawak.
3. Petroleum Sarawak Berhad (PETROS)
- Ditubuhkan pada 6 Ogos 2017 untuk membangunkan industri minyak dan gas di Sarawak.
4. Pembinaan LRT
- Akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun untuk tujuan permodenan sistem pengangkutan di Bandar Raya Kuching.
5. Perundingan MA63
- Perundingan sedang berjalan
6. Sekolah Daif
- Pembaikan dan pembinaan semula sekolah-sekolah daif di Sarawak.
7. Pembentukan Agensi Baru di bawah RECODA pada 12 Julai 2017
- Lembaga Pembangunan Ulu Rajang (URDA) untuk membangunkan kawasan di Ulu Rejang.

- Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) untuk membangunkan kawasan tanah tinggi di Utara Sarawak.
8. Cadangan Grid Air Negeri Sarawak
- Untuk menaik taraf system bekalan air di seluruh negeri.
9. Penstrukturan semula Kabinet pada 16 Mei 2017
- Penggabungan dan pengwujudan Kementerian bari untuk memenuhi keperluan model ekonomi baru.
10. Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC)
- Diluluskan pada 9 November 2017
- Memantau promosi, penyelarasan dan kemajuan penyelidikan dan pembangunan.
11. Penubuhan Unit Hidrogen dalam Sarawak Energy
- Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan hydrogen
12. Peningkatan Biasiswa
- Peningkatan Premium Balak untuk tujuan pendidikan.
13. 40 orang Doktor Setahun
- Biasiswa untuk 40 orang pelajar setahun untuk belajar dalam bidang perubatan di UNIMAS.
14. Kursus-kursus Baharu sehingga ke peringkat Doktor Falsafah
- Biasiswa Tun Taib di bawah Yayasan Sarawak

- Untuk membangun kepakaran dalam pelbagai bidang
15. 10% Saham dalam Petronas LNG Train 9
- Perjanjian terma ditandatangani pada 15 Januari 2018.
16. Modah Niaga untuk Petani
- RM100 juta untuk menjadikan Sarawak pengekspot makanan serantau.
17. Taman Agro di Sarikei
- Untuk meningkatkan perniagaan pertanian moden di Sarawak
18. Jambatan Kedua Batang Kemena
- Jambatan ikonik bagi menghubungkan Bintulu dengan kawasan Jepak
19. Kajian Pembinaan Jambatan di Batang Lassa
- Sebagai sebahagian daripada lebuh raya persisiran
20. Jambatan Gantung Satok
- Pembinaan semula Jambatan Gantung Satok yang ikonik.
21. Insentif Khas untuk Penjawat Awam Sarawak
- Bonus sebulan gaji untuk penjawat awam Sarawak
22. Gaji Ketua Masyarakat dan Elaun Ketua Kaum
- Peningkatan sebanyak RM100 pada tahun 2018.
SUMBER Sarawakiana

Facebook Comment