#1MDB: Hutang RM42 billion tidak hilang, malah dikurangkan [Video] - Randau Sarawak

Breaking

Monday, February 19, 2018

#1MDB: Hutang RM42 billion tidak hilang, malah dikurangkan [Video]

Dana pinjaman bernilai RM42 bilion tidak hilang tetapi dibelanjakan untuk:

01. RM18B Membeli Stesen Janakuasa Elektrik.
02. RM1.7B Pembangunan Hartanah.
03. RM5.8B Pembelanjawan Kewangan.
04. RM15.4B Dana Pelaburan.
05. RM0.9B Tunai.

'Hutang' yang masih tinggal berjaya dikurangkan kepada RM31 bilion. Ia dibuat menerusi pembayaran semula melalui:

01. Pengewangan aset hartanah,
02. Pembangunan aset hartanah,
03. Pengewangan aset kewangan &
04. Penyelesaian bersama IPIC



https://youtu.be/02F90qEKak4

______________________

1. Komponen 1MDB seperti berikut:

a - Bandar Tun Razak Exchange sedang pesat membangun dengan Menara TRX di jangka siap pada bulan August ini. Pelaburan daripada HSBC Bank, Affin Bank dan pelbagai institusi antarabangsa telah berlaku. Tun Razak Exchange ini merupakan pusat Perbankan Islam terkemuka di dunia kerana Malaysia mempunyai atau mengendalikan bond Islam atau sukuk yg terbasar di dunia iaitu USD1.7 trillion .

b - Bandar Malaysia di tapak TUDM Sungai Besi telah bermula dengan siapnya 8 kem Tentera dengan kos hampir RM3 bilion .

c - Edra Energy telah membeli balik banyak IPP dan menghapuskan subsidi gas dan minyak hampir RM20 billion setahun yg merupakan subsidi pada kroni Dr Mahathir. Selama ini subsidi ini lah yang mengkayakan kroni Mahathir.

d - Pelaburan dalam IPIC Abu Dhabi sebanyak USD3.5 billion. 1MDB telah membayar penuh Pelaburan tersebut pada akhir tahun 2017. IPIC merupakan pihak yg mempunyai kepakaran dan telah membuktikan kejayaan dalam explorasi tenaga baru di dunia dan Kerajaan Abu Dhabi memberi jaminan 100% modal 1MDB sebanyak USD 3.5 billion itu .

e - Pelaburan dalam PetroSaudi telah di batalkan. 1MDB telah membayar PetroSaudi sebanyak USD1 billion dan PetroSaudi telah memulangkan kembali wang USD1 billion kepada 1MDB. Jadi 1MDB tidak ada kehilangan apa2 pun. PetroSaudi di katakan telah membuat pembayaran pada Goodstar iaitu Syarikat yang di miliki oleh Jho Low sebanyak USD750 juta.

2. Sekarang Goodstar dan syarikat perfileman Riza sedang berunding dengan DoJ untuk mencari jalan mendapat balik harta yang di bekukan oleh DOJ kerana Goodstar dan Riza Aziz telah dapat mengemukakan dokumen pinjaman wang daripada Abrar iaitu syarikat Kewangan PetroSaudi yang akan membuktikan wang mereka bukan dari 1MDB. Mengikut laporan terakhir penyelesaian dengan DoJ diperingkat akhir dan akan memulangkan balik semua asset-aset itu kepada Jho Low dan Riza Aziz.

3. Tambahan untuk Isu 1MDB pada masa sekarang hutang jangka pendek 1MDB telah selesai dan pada tahun 2023 baru ada lagi pembayaran .

4. Sekarang Asset 1MDB ialah RM60 billion berbanding dengan hutang atau tangungan kini RM33 billion. Jadi mana kata wang 1MDB lesap RM42 billion seperti mana dakwaan Mahathir yang merupakan fitnah semata-mata.



No comments:

Post a Comment