12 Perkara Tentang Melayu Sarawak Untuk Elak Prejudis - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, February 21, 2018

12 Perkara Tentang Melayu Sarawak Untuk Elak Prejudis






Bangsa Melayu Sarawak sering disalah fahami bukan sahaja oleh orang luar malah oleh penduduk Sarawak sendiri. Oleh kerana bangsa Melayu terdapat di banyak tempat di dunia ini maka mereka dianggap bukan penduduk bumiputera atau orang asal. Melayu Sarawak yang kelihatan lebih moden sering dilihat sebagai orang baharu datang ke Sarawak. Anggapan yang prejudis ini boleh menimbulkan salah faham. Untuk mengenali Melayu Sarawak di bawah ini ada 10 perkara yang penting tentang Melayu Sarawak.

  1. Penduduk Asal Sebagai penduduk pesisir pantai, Melayu Sarawak adalah penduduk bumiputera terawal, orang asal. Ini adalah kerana semua manusia di seluruh Pulau Borneo mesti tiba di pantai terlebih dahulu sebelum pergi jauh ke pedalaman.
  2. Zaman Batu Gua Niah yang telah didiami oleh manusia 40,000 tahun semasa Zaman Batu sebelum era sekarang terletak kawasan pantai dan malah pada masa itu terletak di pinggir pantai sebelum lautan jatuh surut.
  3. Tamadun Tinggi Melayu Sarawak adalah sebahagian daripada bangsa Melayu yang besar yang menduduki Arkipelago Melayu dan mempunyai tamadun tinggi yang tersendiri.
  4. Negeri Melayu awal di sekeliling pesisir Borneo
    Negeri Yang Hilang Negeri terawal adalah kerajaan Melayu yang menjadi warisan kepada Melayu Sarawak, iaitu Negeri Kutai, 400M (sekarang di Kalimantan Timur); Negeri Santubong, 600M (sekarang di Sarawak) dan Negeri Barunai, 860M (sekarang Brunei); Negeri Kalaka, 1365M; Negeri Sintang, 1360M (sekarang di Hulu Kapuas, Kalimantan Barat); Negeri Saribas, 1450M; Negeri Samarahan, Negeri Sadong, Negeri Banting, 1670M; Negeri Baram, 1860M; Negeri Sarikei, 1846M.
  5. Negeri Barunai Borneo mendapat nama dari Negeri Barunai yang dikenali dalam catatan China sebagai Po-ni dan Bo-ni sejak tahun 860M pernah menjadi sebuah empayar yang memerintah Pulau Borneo dan kepulauan yang kemudian dikenali sebagai Philippines sempena nama raja Sepanyol pada tahun 1521.
  6. Agama Selepas beragama Hinduisme, bangsa Melayu telah memeluk agama Islam dan kontak awal antara Islam dan Borneo adalah sekitar tahun 977M apa bila seorang Arab bernama Pu Ya Li singgah di Barunai. Sebuah batu nisan seorang Muslim di Barunai bertarikh 1264.
  7. Sultan Sarawak Sultan Tengah telah ditabal menjadi Sultan Sarawak pada tahun 1599 dan ketika itu penduduk Melayu Sarawak telah memeluk agama Islam. Baginda kemudian telah menjadikan Negeri Sambas sebuah kerajaan Islam.
  8. Dinasti Brooke Walaupun Dinasti Brooke telah menjajah Sarawak semenjak tahun 1841 tetapi agama Islam dan adat Melayu Sarawak telah disyaratkan mesti dihormati dan dipelihara untuk selama-lamanya seperti yang termaktub dalam perjanjian 1841 dan sumpah setia Vyner Brooke pada tahun 1918.
  9. Bijih Serak Sarawak mendapat nama dari bijih serak (antimoni) lama sebelum James Brooke tiba dan oleh itu cerita nama negeri ini berasal dari “serah kepada awak [James Brooke]” adalah dusta dan bukan fakta. Pada tahun 1365M Majapahit mencatatkan nama Sarawak sebagai “Sawaku”. Sepanyol pada tahun 1575 menulis sebagai “Saragua” dan Portugis dan Perancis menyebut “Cereua” dan “Careua”.
  10. Datu Patinggi Melayu Sarawak telah mencipta sistem kerajaan (kingship) tersendiri dengan gelaran tersendiri seperti Datu Patinggi, Datu Iman, Datu Hakim di samping Datu Temenggong dan Datu Syahbandar.
  11. Hikayat Panglima Nikosa Novel Melayu pertama di dunia adalah Hikayat Panglima Nikosa karya Ahmad Sawal yang diterbitkan dengan cap batu di Bukit Persinggahan, Kuching, Sarawak pada 30 Jun 1876. Pada tahun 1932 pula Muhamad Rakawi telah menerbitkan sebuah novel moden Melati Sarawak.
  12. Darul Hana Kerana asalnya Sarawak ditadbir berteraskan agama Islam maka negeri   ini dikenali sebagai Negeri Sarawak Darul Hana sebelum dikenali sekarang sebagai Sarawak Bumi Kenyalang.
Datu Sanib Said

No comments:

Post a Comment