Mengapa Mahathir Diam - Kerajaan DAP Pulau Pinang Memberikan Tanah Tambakan Laut Kepada Syarikat China Sebagai Pegangan Bebas

Eh? Tokong tambak laut tebus guna tanah sebagai pegangan bebas (freehold), beri kepada syarikat Cina untuk jual kepada orang luar tapi Mahathir tak bising pun?

*****

1. Perdebatan tidak berkesudahan mengenai status pegangan bebas atau pajakan (leasehold) bagi projek Forest City adalah hanya sekadar gangguan oleh Tun Mahathir dan Pakatan.

2. Tidak kira sama ada ia adalah pegangan bebas atau status pajakan kerana kedua-dua jenis tanah boleh diambilalih secara paksa oleh kerajaan negeri di bawah akta Pengambilalihan Tanah. Tidak ada perbezaan sama sekali.

3. Di tengah-tengah kehebohan, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menandatangani untuk memberi tanah tebus guna seluas 110 ekar bernilai RM6.34 bilion yang dijanjikan sebagai pegangan bebas kepada pemegang konsesi yang dianugerahkan projek Terowong Pulau Pinang.

4. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah memberitahu ketika itu bahawa pemegang konsesi terdiri daripada sebuah syarikat tempatan dan dua syarikat China - Beijing Urban Construction Group serta China Railway Construction Corp.

5. Tanah itu akan digunakan untuk membangunkan projek kondominium mewah dengan status pegangan bebas di mana sebahagian besar akan dijual kepada warga asing.

6. Foto yang dilampirkan adalah tangkapan skrin sebahagian daripada Memorandum Perjanjian mereka untuk penjualan tanah oleh syarikat konsesi yang telah difailkan kepada Bursa Malaysia oleh pembeli.



7. Status pegangan bebas tanah itu juga dilaporkan secara meluas dalam akhbar.

8. "Dilaporkan bahawa CZ akan menerima sejumlah 44.5 hektar tanah Tebusan guna milik bebas di Tanjung Pinang dari kerajaan negeri untuk melaksanakan projek mega Pulau Pinang.
9. Sekiranya inginkan pengesahan selanjutnya, boleh lah minta Ketua Menteri Pulau Pinang untuk mendedahkan perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan negeri dan pemegang konsesi.

10. Mungkin Tun Mahathir juga patut menggunakan isu ini dengan DAP untuk meningkatkan penjualan tanah pegangan bebas (yang juga tanah tebus guna) kepada warga asing?

11. Selain daripada Johor, saya yakin Tun Mahathir adalah patriotik juga terhadap Pulau Pinang.

Eric See-To.




Author:

Facebook Comment