Katua Pemuda PPBM Kuantan, Mohd Asyraf Buat Laporan Polis Di Ugut Ahli Parti Sendiri - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, January 3, 2018

Katua Pemuda PPBM Kuantan, Mohd Asyraf Buat Laporan Polis Di Ugut Ahli Parti Sendiri

Parti pejuang rakyat konon 😂

*********

Akibat tidak tahan dicerca dan diugut ahli parti sendiri, Ketua Pemuda PPBM Bahagian Kuantan, membuat laporan polis.

Menurut Mohd Asyraf Muhammad Asri, perkara itu berlaku selepas dia mengkritik Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) PPBM pada 30 Disember lalu yang tidak memberi ruang kepada wakil bahagian untuk memberikan pandangan.

“Saya hanya ingin tahu di mana letak Islam dalam perjuangan parti?

“Apabila saya melakukan kritikan ini, ramai ahli Pemuda PPBM meloncat marah dan mencaci saya.

Adakah ini sikap pejuang rakyat?,” kata Asyraf selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi, ibu kota hari ini.

Tambahnya, dia juga menerima pelbagai ugutan dan cacian menerusi aplikasi Whatsapp dan Facebook.

“Saya menuntut pihak berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat,” kata Asyraf.




No comments:

Post a Comment