Bahrain menaikkan harga petrol berikutan penghapusan subsidi

Berikutan keputusan oleh Oman dan Arab Saudi pada awal tahun ini, Bahrain yang kaya minyak juga telah meningkatkan harga petrol mereka.

Bulan lalu, RON95 di Bahrain adalah kira-kira RM1.61 seliter. Minggu lalu, dinaikkan 25% kepada kira-kira RM2.00 seliter.

Bahrain menaikkan harga RON95 dua tahun lalu dengan kenaikan 60% daripada RM1 kepada RM1.60.

Minggu lalu, ini telah meningkat sebanyak 25% lagi.

Bahrain berkata penghapusan subsidi untuk petrol akan diteruskan mengikut harga pasaran (seperti di Malaysia).

Bahrain juga akan melaksanakan GST 5% pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada Januari 2019.

Selepas India, Mesir, Arab Saudi dan UAE, nampaknya Najib telah memberikan dedak kepada Bahrain untuk melaksanakan dasar yang sama supaya dia tidak kelihatan buruk di Malaysia kerana melakukan perkara yang sama.



******

Rujukan:



Author:

Facebook Comment