Apa Yang Akan Kita Lakukan Sekiranya Kita Mahathir? - Randau Sarawak

Breaking

Friday, January 5, 2018

Apa Yang Akan Kita Lakukan Sekiranya Kita Mahathir?

Foto ini adalah dari taklimat CIMB semalam berkaitan Pilihanraya Umum 14 (PRU14) kepada para pelanggan mereka yang menyatakan bahawa peluang Pakatan adalah diantara tipis dan sifar. 👍

Jika kita adalah Mahathir dan kita dan anak-anak kita mempunyai berbilion-bilion harta kekayaan luar biasa, ada beberapa kes yang kukuh untuk disiasat.

Kita tahu legasi dan anak-anak kita tidak akan dilindungi apabila kalah. Kita tahu atas faktor usia, PRU14 ini adalah ledakan terakhir kita untuk menjatuhkan Najib tetapi kita telah gagal berulang kali dan kali hampir pasti kita akan gagal lagi.

APAKAH YANG AKAN KITA LAKUKAN SEKIRANYA KITA ADALAH MAHATHIR?

*******
Harakah: Dr M mungkin kembali ke Umno sebelum PRU14

“Rancangan terakhir Mahathir mungkin berunding kembali dengan Umno,” tulis Alang Ibn Shukrimun dalam artikel bertajuk "Berfikir gaya Mahathir".

“Jika parti itu dapat tawarkan kedudukan yang baik untuk anaknya Mukhriz di jawatan tertinggi kerajaan, itu sudah cukup daripada terus lenyap dalam pertarungan politik sekarang.

“Jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 pun sudah memadai. Tapi kalau terdesak, cukup untuk minta segala kes beliau yang dalam siasatan dilupuskan,” katanya.

Bagi Alang, Dr Mahathir tidak mungkin akan bersama parti yang berisiko untuk kalah pada pilihan raya umum akan datang.

“Beliau tidak mahu karier politiknya berakhir dengan cara yang memalukan. Bersama PAS, tak mungkin dapat jadi pemimpin. Justeru lebih baik beliau kembali kepada Umno sahaja,” katanya.

Penulis juga percaya bahawa Umno akan tertarik dengan tawaran Dr Mahathir.

Tindakan seperti itu, katanya, akan memberi peluang kepada Umno untuk melenyapkan Pakatan Harapan, yang “telah mengangkat Mahathir terlalu tinggi, lebih tinggi daripada (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim, (Presiden AMANAH) Mat Sabu dan (Pemimpin Veteran DAP) Lim Kit Siang sendiri."

Alang berkata, jika Dr Mahathir kembali kepada Umno, sukar untuk parti-parti berkenaan menjawab kepada penyokong HARAPAN yang sudah menjadi peminat fanatik Dr Mahathir.

“Tidak mustahil sebelum pilihan raya, Mahathir buat tindakan pelik menyertai Umno kembali.

“Bermain dengan Mahathir, kita mesti berfikir jauh kedepan. Tak boleh fikir selapis sahaja. Beliau sangat licik dan penuh helah,” katanya.

Terdahulu, Alang menulis tentang bagaimana dia akan dilabel "gila dan naif" jika mengatakan sepuluh atau dua puluh tahun lalu, bahawa Dr Mahathir akan bersama-sama dengan DAP dan Lim Kit Siang atau Anwar.

Beliau juga menceritakan bagaimana Dr Mahathir pernah meninggalkan Umno dan menyertai parti itu semula dan kemudian keluar sekali lagi.

Menegaskan bahawa bekas perdana menteri itu sangat licik berpolitik dan setakat sejarah Malaysia, belum ada ahli politik yang boleh mengalahkan Dr Mahathir, katanya pemimpin berusia 92 tahun itu juga berjaya memperbodohkan pemimpin pembangkang.

“Pemimpin yang dulunya bermati-matian melawan beliau sampai meringkuk di penjara, lebam biji mata dan tempang dibalun FRU kini boleh mencium kaki beliau.

“Segala kesalahannya sepanjang memerintah sudah dibersihkan tanpa perlu membayar balik ganti ruginya.

“Kemuncak kehebatan beliau memperbodohkan penentangnya dahulu adalah, beliau diterima untuk menjadi PM semula selepas ini.

“Namun perkiraannya silap. Disangkakan penglibatannya dalam HARAPAN boleh melemahkan sokongan kepada BN. Rupanya makin memperkuatkan BN pula.

“Kalangan sosialis seperti PSM menolak beliau sehingga sanggup melawan HARAPAN dalam PRU nanti. Non-muslim pula semakin meninggalkan DAP kerana bersekongkol dengan Mahathir, selain isu-isu kegagalan pentadbiran dan salah laku pemimpinnya. MCA pula yang semakin pulih.

“PAS masih tegas dengan Gagasan Sejahtera. Tidak mahu tertipu dengan rancangan Mahathir, selain tidak mahu berkompromi dengan kepentingan Islam,” kata Alang.


***********
Rujukan:
https://malaysiakini.com/news/407665

No comments:

Post a Comment