Isu Pangkalan Udara Strategik - Dipindah Ke Kawasan Lebih Luas Dan Selesa Dan Tanah Milik MOF 100%, Tiada Penglibatan Syarikat Luar

Isu Pangkalan Udara Strategik - Dipindah Ke Kawasan Lebih Luas Dan Selesa Dan Tanah Milik MOF 100%, Tiada Penglibatan Syarikat Luar
ISU PANGKALAN UDARA STRATEGIK

Nampaknya sedang tular di media sosial video Majlis Paluan Berundur ATM dari Kem TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur sehingga ada pihak yang membangkitkan isu bahawa kem tersebut telah dijual kepada China. Sesungguhnya, ia dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Baca penjelasan berikut untuk mengetahui fakta sebenar.

1. Pemindahan TUDM Kuala Lumpur ke Pangkalan Udara Sendayan dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, dan juga TUDM Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan usang, dibangun sejak tahun 1940-an.

2. Operasi penerbangan di TUDM Kuala Lumpur tidak berapa selamat disebabkan kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk.

3. Kawasan TUDM Kuala Lumpur amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi berhampiran lebuhraya dan kawasan perumahan. Dengan ancaman yang ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan-kawasan tersebut.

4. Pendedahan TUDM Kuala Lumpur kepada umum turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai kawasan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan.

5. PU Sendayan & 31 Rejimen Artileri Kem Tun Ibrahim, Kajang adalah antara tapak-tapak relokasi TUDM Kuala Lumpur. Penempatan di beberapa pangkalan udara yang ada adalah mengikut misi dan kesesuaian seperti yang dibuat di PU KL sebelum ini.

6. Ini adalah kali pertama sebuah Pangkalan Udara (Sendayan) dibina untuk keselesaan para pegawai dan anggota TUDM di mana mereka akan mendapat kawasan kerja, kediaman dan infrastruktur yang baru untuk memberi sokongan atas misi-misi latihan TUDM. Selain itu, dengan adanya PU Sendayan ini, TUDM akan dapat menempatkan pusat latihan TUDM di mana buat masa ini latihan-latihan tersebut berpecah dan ada yang dibuat di Subang, Alor Star serta di Kinrara.

7. PU Sendayan ini apabila siap dibina dapat menyatukan TUDM yang akan meletakkan semua ini di bawah satu bumbung bagi tujuan uniformiti dan latihan manakala perintah dan kawalan akan menjadi lebih berkesan.

ISU KEHILANGAN ASPEK SEJARAH PU KUALA LUMPUR

1. Sejarah TUDM Kuala Lumpur akan dikekalkan selepas dipindahkan ke PU Sendayan kerana ia merupakan landasan antarabangsa yang pertama digunakan semasa zaman kemerdekaan. TUDM akan memelihara artifak-artifak sejarah TUDM Kuala Lumpur ini di muzium TUDM. Ini akan dilakukan bagi memastikan sejarah TUDM tidak akan terlupus.

ISU PROJEK BANDAR MALAYSIA DIKUASAI SYARIKAT CHINA

1. Dakwaan kononnya projek Bandar Malaysia di bekas TUDM Kuala Lumpur di ibu negara dikuasai oleh syarikat China kini bukan lagi isu. Sebaliknya tapak strategik seluas 198 hektar itu dikuasai 100% Kementerian Kewangan, berikutan terbatal perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan pihak pemegang saham projek tersebut sebelumnya.

2. TRX City, dengan mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, akan mengekalkan pemilikan penuh terhadap kawasan itu demi memastikan rakyat Malaysia meraih manfaat hasil pembangunannya.

3. Adalah fitnah berniat jahat dengan mengatakan kem TUDM KL diserah kepada Cina dari China.

RUMUSAN

1. Adalah tidak benar kerajaan mengenepikan sejarah penting negara dengan menyerahkan Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada pihak pemaju untuk dibangunkan. Banyak sejarah dan artifak TUDM akan dipelihara untuk pengetahuan generasi akan datang.

2. PU Kuala Lumpur telah hilang nilai strategiknya dan tidak sesuai lagi untuk menempatkan unit-unit tentera. Kedudukannya juga menjadikan pengintipan dan serangan oleh musuh menjadi begitu mudah.

3. Angkatan Tentera Malaysia memperolehi kemudahan-kemudahan yang jauh lebih baik dan bersesuaian setelah perpindahan ini berlaku.

4. Malaysia bukan satu-satunya negara yang menutup pangkalan-pangkalan tentera. United Kingdom telah dan bakal menutup sebanyak 56 pangkalan-pangkalan tentera termasuk Woolwich Barracks dan Fort George yang berusia hampir 300 tahun dan kaya dengan unsur-unsur sejarah. Berbeza dengan Malaysia, penutupan pangkalan-pangkalan tentera di UK tidak melibatkan sebarang penggantian.

Oleh itu janganlah kita mempolitikkan pertahanan negara dan hargai Angkatan Tentera Malaysia serta hak mereka untuk bertugas dan tinggal di pangkalan-pangkalan yang jauh lebih moden dan selesa sesuai dengan tugas mereka yang berat untuk menjaga kemananan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.



SeaDemons Says


**********
Rujukan:
Malaysia Military Power
https://facebook.com/MalaysiaMilitaryPower/photos/a.110369162319442.10685.108351972521161/1288130797876600/?type=3&theater&_rdc=1&_rdr




Read More

Penang Transport Master Plan: Peningkatan Kos daripada RM 27 bilion kepada RM46 bilion dalam masa hanya 5 tahun

Penang Transport Master Plan: Peningkatan Kos daripada RM 27 bilion kepada RM46 bilion dalam masa hanya 5 tahun
Projek DAP naik harga RM19 bilion, naik 70% ke RM46 bilion, dalam masa 5 tahun tiada siapa yang kecoh pun...

RBA tak tahu. Mahathir tak tahu..

RM19 bilion ataupun RM46 bilion itu tak penting. Bukan banyak pun.


************


Pihak Pakatan kerap kali mempersoalkan mengapa ada projek kerajaan BN kosnya meningkat naik, sedangkan yang sebenarnya mereka ini pun tidak dapat memberikan jawpan yang memuaskan mengapa projek di negeri yang diperintahnya juga harga naik dengan mendadak sekali.

Sebagai contohnya, laporan dari The Edge melaporkan kos projek untuk Penang Transport Masterplan (PTMP) telah naik sebanyak 70% iaitu dari RM27 bilion kepada RM46 bilion pada tahun 2016. Kenaikan harga tersebut disahkan sendiri oleh kedua-dua belah pihak PTMP dan juga EXCO Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

http://www.theedgemarkets.com/article/cost-penang-transport-master-plan-balloon-rm46b-says-project-delivery-partner

Bagaimanapun macam cerita lawak pula bilamana YB Chow memaklumkan kemudiannya tiada kenaikan harga.

Maklumbalasnya adalah seperti berikut:

“Chow berkata sedikit kenaikan semasa anggaran tender berdasarkan kepada kajian awal konsep yang dibuat oleh pihak perunding Halcrow pada tahun 2011.

Beliau berkata peruntukan besar adalah untuk rancangan dari SRS Consortium, rakan niaga projek PTMP melibatkan landasan keretapi dan rangkaian lebuhraya.

Chow berkata mereka yang menghantar laporan tersebut adalah berdasarkan kepada syarat bagi cadangan permohonan yang tidak menepati cadangan yang dibuat oleh Halcrow 100% dan mereka ini bebas untuk menghantar cadangan sendiri.

“Itulah sebab mengapa SRS lakukannya, mereka mempunyai cadangan sendiri dan jika dilaksanakan sepenuhnya akan lebih tinggi dari yang dicadangkan oleh Halcrow”.

http://m.thesundaily.my/node/454329

Jawapan asalnya ialah harga RM27 bilion tersebut hanyalah berdasarkan kepada anggaran di tahun 2011 sementara RM46 bilion ialah jumlah sebenar yang dikira oleh pihak konsortium yang dianugerahkan kontrak itu.

Maka jawapannya ialah “RM27 bilion ialah harga di tahun 2011 dan RM46 bilion harga kini tetapi harga tidak naik”.

Kelihatan Pulau Pinang di bawah DAP ini, harga dan kos naik sepanjang masa secara misteri sekali.

Kadar air telah meningkat 3 kali dengan kenaikan untuk kali ke empat dirancang pada tahun depan. Cukai tanah juga telah meningkat pada tahun 2016.

Perbelanjaan operasi tahunan Kerajaan Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 500% sejak tahun 2008.

Cukai semasa ke atas pemaju hartanah telah naik dua kali ganda atau tiga kali ganda sejak tahun 2008 sementara cukai hartanah baru yang tidak pernah ada sebelum ini telah diperkenalkan.

Inilah keadaan sebenarnya yang membuatkan anda terfikir siapa yang sebenarnya menyebabkan “Barang Naik” (harga)?

Dan juga hairan mengapa dakwaan adanya rasuah secara berterusan di dalam projek Kerajaan Pulau Pinang?



********

Penang Transport Master Plan: RM27 billion cost increases to RM46 billion in just 5 years.

While Pakatan has frequently questioned why certain projects from the BN Govt has increased in cost, they themselves have been unable to satisfactorily answer why their own projects in states controlled by them have substantially increased in price.

For example, the Edge reported that the project price for Penang's Transport Masterplan (PTMP) has increased 70% in price from RM27 billion in 2011 to RM46 billion in 2016. That report also said that the increase was confirmed by both the PTMP project delivery partner as well as by Penang EXCO Chow Kon Yeow. (the controversial Penang Tunnel is one component of this PTMP)
http://www.theedgemarkets.com/article/cost-penang-transport-master-plan-balloon-rm46b-says-project-delivery-partner#

“He (Chow) concurred that the cost has grown to RM46 billion...” said The Edge.

However in an almost comedy-like response later, YB Chow claims that there was no increase.

This is his reply as reported:

"Chow said the smaller sum was for the tender estimation based on the initial conceptual studies drawn up by transport consultant Halcrow in 2011.

He said the larger figure was for the plan by SRS Consortium, the PTMP project delivery partner (PDP), which included railway and highway networks.

Chow said those submitting their proposals under the request for proposal (RFP) excercise did not have to follow the Halcrow recommendations 100% and were free to submit their own proposals.

"This is what SRS did, they have their own variations, which if implemented totally, will be more than Halcrow."
http://www.thesundaily.my/news/2017/06/19/cost-penangs-transport-master-plan-has-not-surged-chow-0

Essentially his answer is that the RM27 billion price was only based on estimation in the year 2011 while the RM46 billion is the true cost as calculated by the consortium who was awarded that contract.

Essentially, his answer is: "RM27b was the price in 2011 and RM46b is the price now but price has not increased".

It seems that under DAP, prices and costs in Penang seem to mysteriously increase all the time.

Water rates have been increased 3 times with a fourth increase planned for next year. Assessment charges have been increased in 2016.

Yearly operating expenses for the Penang Govt has also increased 500% since 2008.

Existing charges on property developers have been doubled or tripled multiple times since 2008 while new property charges that never existed before have also been introduced.

That is the reality that makes you wonder who is it that is actually responsible for "Barang Naik" (harga)?

And you also wonder why there are repeated allegations of corruption in DAP Penang Govt projects?

Eric See-To.
Read More

Propaganda bodoh Pakatan mengenai harga gula

Propaganda bodoh Pakatan mengenai harga gula
Harga di pasaran komoditi mengikut tan (1,000kg) di angkut dan terus dibahagikan begitu sahaja. Macam budak2 tak faham ekonomi.

- Gula tak perlu kos dikilangkan?
- Tak payah kos diasing dan dipek dalam bungkusan 1kg,
- Tak payah kos pengangkutan dari luar negara dan pengedaran dalam negara?
- Pemborong tak payah untung?
- Pemilik kedai runcit tak payah untung?

Harga gula Malaysia antara termurah di dunia lah. Itu antara sebab banyak rakyat Malaysia gemuk dan kadar kencing manis antara tertinggi di dunia.

Gula juga tidak dikenakan GST di Malaysia.

Mengapa Pakatan sering memperbodohkan rakyat ataupun mereka sendiri bodoh?


* Mereka juga membandingkan harga petrol yang telah diproses dengan harga minyak mentah dunia. Mungkin mereka menggunakan minyak mentah dituang terus dalam tangki kereta 😂 😂 😂

LSS.
---
Rujukan:
https://www.facebook.com/TakNakBN/photos/a.691668714348368.1073741827.691032107745362/933692266812677/?type=3&permPage=1

https://1.bp.blogspot.com/-T7joQsFM7Oo/Wm5_6uDFIII/AAAAAAAAIX8/-hnhwVnNbH0OwfEb-tehP_UFQqNQenetwCLcBGAs/s1600/20180129-pakatan-bodoh-harga-gula.jpg


Read More

Pakatan kutip berita salah mengenai lorong basikal KL bandingkan dengan terowong Pulau Pinang

Pakatan kutip berita salah mengenai lorong basikal KL bandingkan dengan terowong Pulau Pinang
Pakatan kini cuba mengalih perhatian dari skandal Terowong Pulau Pinang dengan membandingkan kos projek itu dengan menipu bahawa kos projek lorong basikal DBKL bagi 6km ialah RM4 bilion.

Projek Lorong Basikal DBKL cat jalan RM4 bilion untuk 6km?

Adoi.. Pakatan kini sangat terdesak nak menipu untuk menutup skandal terowong Pulau Pinang.

Pakatan guna gambar edit cat biru dan kesilapan “typo” surat khabar yg menulis RM4 bilion dan bukan RM4 juta kos yang sebenarnya. Tengok keadaan cat lorong basikal DBKL di gambar bawah.

Projek lorong basikal DBKL RM4 juta untuk 6km jauh lebih murah dari kos lorong basikal kerajaan DAP di Pulau Pinang RM30 juta bagi 12km untuk fasa 1 dan RM45 juta untuk 39.3km untuk tahun 2018.



Lihat sini:
Fasa pertama Lorong Basikal:
RM30 million spent on 12km bicycle route in Penang
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/10/31/rm30-million-spent-on-12km-bicycle-route-in-penang/


An additional RM45mil will also be spent in 2018 to build bicycle lanes in Penang totaling 39.3 km.
https://www.facebook.com/cmlimguaneng/posts/1845683242128435

Pakai otak lah.. RM4 billion untuk lorong basikal 6km?

Belanjawan negeri Selangor sepanjang tahun 2018 hanya RM3.12 BILION.

Angka sebenar ialah RM4 juta. Ini cerita sebenarnya:

"Bagi tujuan itu, DBKL bersama PEMUDAH dan InvestKL memperuntukkan hampir RM4 juta untuk mewujudkan lorong basikal berkenaan."
https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/276649/bina-lorong-basikal-di-kl

Penjelasan DBKL: https://www.facebook.com/dbkl2u/posts/1811917092434782



Kenyataan Kementerian Wilayah: http://www.kwp.gov.my/index.php/my/sumber/pengumuman-berita/2529-hebahan-pembetulan-kos-peruntukkan-laluan-basikal-oleh-akhbar-harian-metro

LSS.
---
Page-Page penipu Pakatan yang cuba bandingkan kos terowong dengan kos lorong basikal DBKL. Nampak desperate sangat.
https://www.facebook.com/bersatuTV/photos/a.1210840612285635.1073741832.1163510937018603/1592789167424109/?type=3

https://www.facebook.com/TakNakBN/photos/a.717021838479722.1073741829.691032107745362/938681946313709/?type=3


https://4.bp.blogspot.com/-oVOWDeEJsNk/Wm5tZHb3K4I/AAAAAAAAIXo/Bdz0j5ZfHN8cSgBb_cn63l3r4VifGOyCgCLcBGAs/s1600/20180129-kos-mengecat-gerbang-de.jpg
Read More

[Video]Konvensyen pembangkang N Sembilan kecoh, PPBM diberi cuma 6 kerusi

[Video]Konvensyen pembangkang N Sembilan kecoh, PPBM diberi cuma 6 kerusi
Parti cap Bunga kena sedar diri lah. Korang tu melukut je,kena ikut cakap abang besar DAP.



https://youtu.be/U49PWSeP2Jk

SEREMBAN: Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan di sini, kecoh apabila akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tidak puas hati dengan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Lebih 50 ahli melaungkan perkataan 'ini tidak adil' beberapa kali dari bahagian belakang dewan sebaik Presiden PH, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selesai berucap.

Malah ketika sidang media di hadapan pentas bersama Wan Azizah; Naib Presiden PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng, serta pemimpin pakatan pembangkang negeri, kumpulan itu turut membuat gangguan.

Sebelum itu, Ketua Setiausaha PH, Datuk Saiffuddin Abdullah mengumumkan pengagihan 36 kerusi DUN iaitu 12 milik PKR, DAP (11), Parti Amanah Negara (tujuh) dan PPBM (enam), manakala bagi Parlimen setiap parti mendapat dua kerusi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PPBM negeri, Mohd Shahrul Anuar Abu Samah ketika ditemui berkata, lapan bahagian parti itu tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi yang dibuat pusat, kerana dilakukan tanpa perbincangan dan pengetahuan peringkat negeri.

Katanya, walaupun akur dengan jumlah kerusi hanya enam berbanding jangkaan mereka 10 kerusi, semua kawasan yang diberikan sukar untuk menang.

"Semua kerusi yang diberikan iaitu Palong, Seri Menanti, Chembong, Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang adalah 'kawasan hitam' iaitu kerusi yang tidak diinginkan parti lain.

"Kami dijadikan bahan uji kaji kerana parti mahu mendapatkan lebih banyak kerusi di negeri lain. PPBM Negeri Sembilan kini menjadi mangsa keadaan," katanya.

Mohd Shahrul berkata, Mukhriz yang sempat berjumpa mereka bagi meleraikan kekecohan yang berlaku sebelum itu, sempat memaklumkan kepada mereka yang pengagihan kerusi itu tidak akan berubah dan sudah muktamad.

"Kami akan mengadakan perbincangan dan minta pusat mengkaji semula pengagihan kerusi ini. Kami hanya mahu menang, tetapi jika ini diteruskan saya tidak nampak cara untuk menang," katanya.

Katanya, berdasarkan tinjauan yang dijalankan, pihaknya yakin jika diberikan tempat di Labu, Chembong, Paroi, Linggi, Pilah, Jempol, Jeram Padang, Seri Menanti, Palong dan Gemas, parti itu boleh menang di hampir semua kerusi.



Read More

[Video] Mukhriz salahkan media 'misquoted' kenyataan beliau malu mengaku rakyat Malaysia

[Video] Mukhriz salahkan media 'misquoted' kenyataan beliau malu mengaku rakyat Malaysia



https://youtu.be/APwBOoveRWw

Dah agak dah. Alasan “Misquoted” diguna lagi lepas kena bashed teruk.

Dia kata Sinar Harian 'misquoted' kenyataan dia tetapi berita ini juga disiarkan oleh banyak media lain?

Kalau ikut logik Pakatun, kalau tak saman maknanya betul lah. Bila nak saman?

Tengok video untuk dengar sendiri kenyataan Mukhriz yang malu mengaku rakyat Malaysia.

Malu dengan negara sendiri tetapi ada hati nak jadi Perdana Menteri Malaysia!!!

*********
😂 😂 😂 😂

Read More

Siti Hasmah cuma disoalsiasat kerana melanggar Akta Himpunan Aman - Tak kena ISA atau belasah oleh FRU

Siti Hasmah cuma disoalsiasat kerana melanggar Akta Himpunan Aman - Tak kena ISA atau belasah oleh FRU
Walaupun kita simpati bila seorang wanita berusia 91 tahun seperti Tun Siti Hasmah telah disoalsiasat oleh polis, ia adalah penting untuk memahami konteksnya.

Pertama, polis mengambil kenyataannya di pejabat Tun Mahathir di Yayasan Al Bukhari, selama satu jam di hadapan peguamnya. Dia tidak diminta untuk pergi ke balai polis untuk disoal siasat.

Kedua, perhimpunan itu dianjurkan oleh Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah pada bulan September di mana beliau adalah salah seorang penceramah utama. Perhimpunan yang berjalan dari pusat membeli-belah Maju Junction ke Kompleks Pertama di pusat bandar, dianggap menyalahi undang-undang kerana telah melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tiada permit polis diberikan.

Tun Siti Hasmah juga berucap pada perhimpunan itu. Sekiranya dia cergas dan cukup sihat untuk menyertai dan bercakap dalam perhimpunan jalanan, sudah tentu dia cukup cergas dan sihat untuk disoalsiasat hanya satu jam oleh polis dalam keselesaan bilik suaminya yang berhawa dingin.

Ketiga, laporan polis dibuat oleh orang awam berkaitan perhimpunan tersebut, oleh itu polis hanya melakukan tugas mereka untuk menyoal siasat beliau. Beliau bukan satu-satunya orang yang disoalsiasat oleh polis kerana orang lain juga disoal siasat. Ia akan dilihat sebagai tidak masuk akal dan "berat sebelah" yang soalsiasat hanya Maria Chin tetapi Tun Siti tidak.

Keempat, sekiranya perhimpunan haram itu diadakan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, polis pencegah rusuhan (FRU) akan di tembak dengan gas pemedih mata dan pancutan air kepada para peserta perhimpunan. Ramai daripada mereka akan merasa tendangan atau belantan pegawai FRU.

Walau bagaimanapun, berita baiknya ialah semasa zaman Mahathir tidak perlu disoalsiasat oleh Polis di pejabat atau tempat pilihan sendiri. Pemimpin himpunan haram akan dikutip di rumah masing-masing dan menghabiskan masa dua tahun di Kamunting bawah tahanan ISA.

Dalam kes perhimpunan ini, pihak berkuasa tidak mengganggu untuk menghentikan perhimpunan tersebut.

Ini hanya soalsiasat rutin dari pihak polis. Tidak ada berniat jahat terhadapnya. Tidak perlu emosi terhadap insiden ini.

Tidak perlu menyiarkan gambar yang memperlihatkan seolah-olah di 'torture' oleh polis bagi meminta simpati.



LSS.
Read More

Mitos Pakatan: Pelabur Lebih Percaya Mahathir Berbanding Najib Razak

Mitos Pakatan: Pelabur Lebih Percaya Mahathir Berbanding Najib Razak
Pernah baca atau dengar kenyataan penyokong Pakatan macam ini tak: “Zaman Tun Mahathir negara makmur, pelabur percaya Tun. Zaman sekarang pelabur tidak percaya Najib Razak.”?

Jika jumpa lagi kenyataan macam tu pakat gelakkan saja dan bagi sahaja statistik ini.


************


Rujukan:
Ab Jalil Backer
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215493085620657&id=1244194023
Read More

Selepas DRB-Hicom mengambil alih Proton pada tahun 2012, mereka telah mengalami kerugian berbilion ringgit setiap tahun

Selepas DRB-Hicom mengambil alih Proton pada tahun 2012, mereka telah mengalami kerugian berbilion ringgit setiap tahun
*Selagi proton tak bankrap, hati pakatun tak senang. Niat jahat pakatun adalah untuk melihat ekonomi Malaysia hancur berkecai. Kadangkala terpaksa bertanya di manakah kesetiaan mereka kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara?*

*Tunggu sehingga Boyue dilancarkan dan Kilang di Tg Malim digunakan sepenuhnya... Kalau aku Najib, aku akan gelak berguling-guling*
___________________

Masalah di Proton menjadi begitu serius yang mungkin boleh mengheret keseluruhan bidang perniagaan DRB-Hicom bersama 60,000 orang kakitangannya.

60,000 orang lagi pembekal Proton juga berdepan dengan risiko. Pada masa itu pihak pembekal merasa tidak puas hati kerana mereka tidak mendapat bayaran dari Proton.

Anda boleh saksikan betapa seriousnya masalah dengan harga saham DRB-Hicon dalam tempoh 5 tahun tersebut. Pihak pelabur begitu risau dengan kejatuhan harga saham sehingga mencecah 80 sen dalam Mei 2017.

Mahathir sebagai penasihat Proton dan kemudiannya sebagai Pengerusi gagal mengekang kejatuhan saham Proton.

Selepas Proton mengumumkan usahasama dan penjualan sahamnya sebanyak 49% kepada Geely pada Mei 2017, keyakinan para pelabur kembali pulih.

Harga saham DRB-Hicom kembali meningkat serta melonjak 3 kali ganda dan ditutup pada RM2.58 semalam (26 Januari 2018) selepas pengumuman tersebut.

Kegagalan DRB-Hicom akan menjadi masalah yang besar kerana kumpulan ini mempunyai pelbagai perniagaan dan pinjaman hutang dengan beberapa bank.

____________________

After DRB-Hicom took over Proton in 2012, they had been losing billions every year

Proton's problems became so serious that it threatened to bring down the entire extended DRB-Hicom group along with its 60,000 employees.

Another 60,000 people among Proton's suppliers were also at risk. At that time, their suppliers were complaining that they are not getting paid by Proton.

Tun Mahathir as Proton's advisor and later on as Chairman failed to halt the slide in Proton's fortunes.

You can see the seriousness of the problem in DRB-Hicom's share price over the past 5 years. Investors were very worried then pushing down the share price to 80sen in May 2017.

After Proton announced its JV and sale of 49% shares to Geely in May 2017, investor confidence returned.

DRB-Hicom's shares have since rebounded and is now 3 times higher closing at RM2.58 yesterday (26 Jan 2018) since the announcement.

A failed DRB-Hicom then would have been disastrous since the group is so diversified and has loans outstanding with many banks.



LSS.
Read More

[Video] Bicara 4 Mata bersama Perdana Menteri

[Video] Bicara 4 Mata bersama Perdana Menteri


https://youtu.be/OLFGaMpUAhI

Berikut adalah transkrip Wawancara Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak:

DATUK AZNIL: Dalam kesibukan jadual, Datuk Seri dapat meluangkan masa untuk kita bual, kita melihat kembali kepada sudut yang lebih ringan untuk kita bercakap tentang kehidupan rakyat dan kepentingan rakyat.

Saya rasa ini bukan calang-calang orang yang boleh menerima tugas yang seberat itu, memerlukan fizikal dan dari segi kesihatan macam mana Datuk Seri?

PERDANA MENTERI: Alhamdulillah saya dapat melakukan apa yang diperlukan bagi menjamin kesihatan fizikal, kesihatan mental dan emosi sebab mesti ada keseimbangan dalam hidup kita. A balance life. Sebab itulah saya mementingkan antaranya riadah, maknanya bersukan.

AZNIL: Apakah sukan yang Datuk Seri lakukan semasa beriadah?

PM: Dua, satu saya workout dalam gimnasium. Saya ada trainer sendiri tetapi kadang-kadang tak ikut jadual juga kerana terlalu sibuk dan kalau ada masa lapang saya main golf juga. Dalam pada itu, saya suka tengok sukan dalam televisyen. Itu pun bagi saya dapat menenangkan fikiran saya.

AZNIL: Dari segi pemakanan pula macam mana? Datuk Seri sangat fokus saya lihat, walaupun dengan kesibukan jadual. Itu bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal sahaja tetapi memerlukan mental, jadi mungkin mendapat keseimbangan daripada nutrisi makanan juga.

PM: Dari segi pemakanan saya ada satu masalah. Sebab saya suka makan. Jadi bila suka makan, saya kena kawal sikitlah. Jadi kalau ada makanan sedap, saya boleh makan apa saja jenis makanan. Western ke, eastern ke, middle eastern ke, tak kiralah, asalkan ia sedap, halal. Insya Allah, jadi tidak ada sesuatu kekangan bagi saya hendak menambah. Jadi saya kena menentukan disiplin sikit.

AZNIL: Datuk Seri apabila kita melihat isu kos sara hidup adakah BR1M ini dapat membantu? Sebab ada banyak cerita di sebalik BR1M, ada kata ia sebagai gula-gula, ada kata ia tidak berkesan. Adakah Datuk Seri percaya pada jenama BR1M itu?

PM: Sebenarnya pendekatan atau dasar subsidi ini bukan suatu perkara baru. Dulu pun ada subdisi tetapi subsidi itu subsidi pukal yang kita masukkan dalam barangan atau produk. Misalnya subsidi minyak, RON95, RON97, diesel dan LPG. Dan suatu ketika dahulu, dalam masa empat tahun yang dulu, kemuncaknya subsidi itu kalau tak silap subsidi melonjak kepada RM22 bilion setahun.

Jadi bila saya lihat angka itu, saya kata ini membazir. Kalau beri secara pukal yang untung orang yang berkereta besar. Tapi orang yang miskin ini, yang bawa Honda Cub, tidaklah berapa besar untung berbanding orang yang pakai kereta besar, contohnya Mercedes dan sebagainya. Eloklah kita kurangkan subsidi pukal dan ganti dengan subsidi bersasar. Timbullah cadangan kita buat BR1M ini.
Bila buat BR1M kita lebih targeted, lebih fokus kepada golongan yang memerlukan. Jadi kita hapuskan subsidi minyak, hampir tidak ada. Kita katakan rasionalisasi subsidi dan hasil yang kita jimat, kita pindah kepada BR1M. BR1M terus kepada orang yang memerlukan bantuan.

Jadi apa salahnya, tidak ada salahnya. Kita juga memberi bantuan kebajikan, hatta kerajaan-kerajaan negeri di bawah pembangkang juga memberi bantuan kewangan secara sedemikian walaupun jumlahnya jauh lebih kecil tetapi prinsipnya sama. Kita lihat bahawa Kumpulan B40, mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, inilah kelompok yang perlu beri bantuan.
Lepas tu ada pula kata yang RM3,400 berilah sikit.Lepas itu kata mereka yang bujang, pendapatan RM2,000 ke bawah kita bagi sedikit bantuan. Jadi semua sekali kita rangkumkan dalam BR1M. Saya lihat BR1M ni masih lagi dikehendaki dan diterima baik oleh rakyat.

Buktinya baru-baru ini saya rasmikan UTC di Seremban. Saya masuk pejabat cawangan LHDN, ramai di situ bukan semak cukai tetapi menyemak nama mereka ada dalam senarai BR1M ke tidak.

Jadi kalau mereka tak hendak BRIM, takkan mereka ke LHDN. Lagipun kita sudah membuat survey dan banyak orang suka BR1M. Lagipun kalau tak hendak BRIM, janganlah ambil BR1M. Kalau tak suka pada BR1M, kalau kutuk BR1M, janganlah ambil BR1M.

AZNIL: Pada waktu yang sama kerajaan meneruskan bantuan kesihatan dan pendidikan. Ini adalah perkara yang dapat membantu kos sara hidup. Boleh Datuk Seri jelaskan?

Ini adalah dikatakan indirect subsidi tetapi ramai orang tidak sedar. Misalnya di tempat yang sama di UTC ada Klinik Rakyat 1Malaysia, ada orang tengah betulkan gigi. Bayaranya RM1. Kalau di pergi swasta dia kena beratus ringgit.

Ada sistem locker, diberi nombor kombinasi, kita buka locker itu adalah ubat-ubat kita. Ada seorang itu, dia mengidap penyakit diabetes, jadi bila saya bukak locker itu, saya serahkan ubat, sebeban ubatnya. Saya tanya pada doktor berapa ubat, doktor kata percuma sebab rawatan dan jumpa doktor di klinik kerajaan bayar RM1 sahaja. Ubat-ubatan free (percuma), jadi tengok banyak subsidi yang kita beri kepada rakyat.

Selain itu, pendidikan sekolah rendah, menengah, tadika, percuma. Kalau ada yuran PIBG sedikit. Masuk universiti kita tampung 90 peratus perbelanjaan, yang dikenakan cuma 10 peratus. Itupun kalau tidak mampu kita beri pinjaman PTPTN.

AZNIL: Datuk Seri selain BR1M, bantuan pendidikan, perumahan dan kesihatan. Yang paling besar dilihat sekarang ada GST. Dalam pada memberi, tiba-tiba ada GST pulak. Adakah Datuk Seri dengar bahawa banyak rungutan dek kalangan rakyat yang bercakap tentang GST sebagai satu beban. Bagaimana Datuk Seri terpaksa menjadi tidak popular dengan prinsip dan GST?

PM: GST ini adalah sistem percukaian yang sangat progresif. Kalau tak progresif, takkan 165 buah negara dunia menggunakan GST. Yang terbaharu ini, negara India dan negara-negara teluk pun, 1 Januari ini akan memperkenalkan GST. Kalau tidak ada GST, kita terpaksa guna SST. Kita tidak cukup menampung perbelanjaan negara.

Jadi apabila harga minyak jatuh, merudum daripada AS$110 kepada AS$30 setong, sepatutnya Malaysia ini sebagai sebuah ekonomi, kita terjerumus kepada recession (kemelesetan) tetapi kita tidak ada melalui recession. Bila ada recession, ekonomi menguncup. Bila ekonomi menguncup orang kena buang kerja, peluang perniagaan terbatas, orang susah dan sebagainya tetapi keadan hidup berjalan macam, biasa tidak ada apa-apa kesan.

Minyak turun merudum pun kita masih lagi tidak buang penjawat awam, perbelanjaan kerajaan berjalan seperti biasa walaupun ada sikit pengurangan. Tetapi umumnya orang tidak dapat kesan dengan kejatuhan harga minyak dan komoditi kepada negara kita.

AZNIL: Ramai tanya, duit-duit dikutip oleh kerajaan melalui GST, pergi mana sebenarnya?

PM: Kita punya perbelanjaan telus. Bila kita ada GST, kita gunakan untuk program-program yang saya sebutkan tadi, BR1M, tolong nelayan, pesawah padi, perbelanjaan kesihatan dan pendidikan.

Umpamanya tahun sudah, kita belanja untuk kesihatan RM24 bilion. Kutipan kita cuma RM600 juta sahaja. Jadi, perbezaan itu kita tampung melalui pendapatan GST.

AZNIL: Dalam Bajet 2018, peruntukan besar untuk pendidikan dan kesihatan. Kedua-dua bidang ini dikatakan mewah dengan peruntukan dari kerajaan. Mengapa kerajaan meneruskan peruntukan tinggi untuk kedua-dua komponen ini?

PM: Kedua-dua ini penting untuk kesejahteraan rakyat. Sebab ini dikatakan pembangunan sosial termasuk pembangunan modal insan untuk masa depan negara kita. Kita mesti menyediakan generasi baru kita cukup dengan ilmu terkini dan pendidikan sebaik-baiknya.

Kesihatan pula, kalau tidak ada perkhidmatan kesihatan yang baik, maka sudah tentu ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu tetapi produktiviti negara pun akan terjejas. Jadi ini satu-satu tanggungjawab kerajaan yang perlu dilaksanakan.

AZNIL: Rakyat kita juga boleh dikatakan melihat sesuatu yang dilakukan oleh Datuk Seri menggunakan dana yang besar dalam membangunkan infrastruktur seperti MRT, HSR, ECRL, Pan Borneo. Projek-projek ini memerlukan perbelanjaan yang luar biasa tingginya. Bolehkah kita bina semuanya, yang kos besar dan tidakkah membebankan rakyat pada akhirnya?

Tidak. Ia akan merangsangkan ekonomi. Bila kadar pertumbuhan ekonomi lebih tinggi, ia akan memberi banyak faedah kepada rakyat.

Yang kedua, bila kita bina infra rakyat, ia memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak kita. Anak-anak kita, ratusan ribu setahun keluar univerisiti dalam dan luar negara. Takkan semua nak kerja dengan kerajaan.

Bila kita buat projek MRT, cuba tengok siapa yang buat kerja itu. Saya sudah pergi tengok, saya tengok anak muda kita. Ada yang datang dari kampung, dapat peluang. Dia keluar (universiti) sebagai jurutera, dia hendak kerja di mana? Takkan semua hendak kerja dengan JKR. Jadi kita buat projek macam ini, mereka dapat peluang bekerja dengan MMC, Gamuda, subkontraktor yang lain.

Lepas itu produktiviti negara kita, kalau kita tersangkut dalam kesesakan jalan raya hari-hari, kita marah pada kerajaan juga. Produktiviti kita terjejas. Kalau tiga jam pergi kerja, tiga jam waktu balik, satu hari enam jam. Kalau orang tengok, orang akan perlekehkan Malaysia dan macam nak kata kita menjadi negara maju.

Jangan lupa pencemaran udara. Ada bandar-bandar di mana kita kena pakai mask pada bulan-bulan tertentu. Satu, dua bulan kena pakai mask. Tetapi tengok udara kita bertambah baik.

AZNIL: Apa sebenarnya rumah mampu milik sebab dikatakan kerajaan menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat sedangkan masih ramai tidak mampu lagi.

PM: Kita kena sediakan lebih banyak rumah yang sesuai. Bila kata rumah mampu milik, kita ikut pada kemampuan. Kalau pendapatan B40, RM3,000 ke bawah, jenis rumah mampu milik sudah tentu tidak sama kalau kita M40.

Kalau kita M40 dalam kategori RM300,000 ke bawah. Tetapi kalau kita dalam kategori B40, dalam RM70,000, RM60,000 itulah kemampuan kita. Kerajaan akan perbanyakkan rumah mampu milik dan saya lihat sudah banyak pun berjalan, masih banyak lagi (diperlukan) tetapi masalahnya hendak dapatkan tanah. Sebab tanah di bandar mahal. Kita hendak dapat tanah dengan harga minimum, lebih mudah kita bina rumah mampu milik terutama sekali untuk B40.

Rumah PPR kita umpamanya cukup banyak subsidi. Sebab bayaran kita RM35,000 sedangkan kos sebenarnya sampai RM140,000. Maknanya satu unit, lebih RM100,000 yang merupakan subsidi kerajaan.

AZNIL: Kita lihat secara kasar ialah menyediakan punca kewangan untuk mereka memiliki rumah dan juga cara untuk mereka memiliki secara pinjaman disenangkan, dilunaskan, dilihat tools untuk memiliki rumah itu dimudahkan lagi. Adakah itu juga dilihat oleh kerajaan dalam membantu mereka memiliki rumah?

PM: Ya memang kita tengok dari segi pinjaman yang boleh diperolehi dari institusi kewangan dan juga skim pinjaman kerajaan dan sebagainya. Ia tertakluk kepada kemampuan kita dari segi had maksima pinjaman berdasarkan pendapatan kita. Jadi kalau kita dalam lingkungan yang boleh diluluskan, bank memang meluluskan. Tetapi kalau lebih daripada kemampuan kita bayar balik, itu yang kadang-kadang tersangkut dari segi kelulusan.

AZNIL: Orang kata hutang negara yang besar tidak terurus dan pada masa sama kejatuhan nilai ringgit menyebabkan negara akan muflis. Muflis ke Datuk Seri, ramai takut ni.

PM: Memang tidak benar sama sekali. Kalau kita sebagai sebuah negara keadaan kita sentiasa dipantau oleh badan-badan penarafan. Kita ada Moody’s, Fitch, kita ada IMF, World Bank yang datang secara berkala di Malaysia. Mereka akan tengok segala-galanya. Daripada siasatan mereka secara terperinci, mereka masih mengekalkan penarafan Malaysia pada A- dan outlook (tinjauan) yang stabil. Bererti bahawa kita dalam kelompok negara A. Ada banyak negara dalam kelompok B, C dan keadaan yang jauh lebih dahsyat daripada kita.

Kalau hendak kata kita bankrap, tentulah kelompok B, C akan bankrap lebih awal daripada A, betul tak? Jadi takdalah tanda-tanda yang kita nak bankrap dan rizab kita jauh lebih besar daripada rizab semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dahulu. Pada ketika itu kita punya rizab lebih kurang AS$20 bilion. Sekarang ini sudah lebih AS$100 bilion, maknanya lima kali ganda daripada keadaan rizab ketika itu.

Kenapa ketika itu tidak timbul cerita Malaysia nak bankrap? Patut masa itulah, harga mata wang kita merudum, banyak syarikat bankrap, kenapa tidak timbul? Sebab ini mainan politik sebenar. Ini elemen economic sabotaj, kalau hendak jatuhkan kerajaan, hilangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan atau menimbulkan kebencian.

AZNIL: Tidakkah ini satu benda yang menikam negara sendiri, sabotaj ekonomi sendiri dilakukan oleh orang kita?

PM: Ya, tentu sekalilah, apatah lagi dengan media sosial. Dulu tidak ada media sosial. Dulu dia mengutuk dan memomok kerajaan, ia dalam ceramah sahaja tetapi sekarang dalam real time. Itu bezanya.

AZNIL: Mengenai kejatuhan ringgit pula macam mana. Pernah suatu ketika nilai ringgit kita diikat (ditambat) dan Datuk Seri nampak tak kemungkinan ia dikat lagi?

PM: Tidak boleh. Kalau kita ikat, pelabur-pelabur dan pasaran dunia akan hilang keyakinan pada kita, malah kalau kita ikat dan tambat ringgit dulu secara artificial, kesannya lamanya juga untuk memulihkan keyakinan pasaran dunia kepada kita. Jadi kita kehilangan banyak pelaburan dan juga market confidence (keyakinan pasaran) kepada kita. Jadi, sebab itu kita sudah kata bahawa kita tidak akan melakukan tambatan ringgit. Kita pastikan fundamental kita kuat. Jika asas ekonomi kita kuat, lama-kelamaan ringgit akan mencerminkan nilai sebenarnya.

Ini yang berlaku pada ringgit mutakhir ni kerana dasar negara maju, terutama sekali Amerika Syarikat dari segi interest rate (kadar faedah) mereka. Apabila interest rate mereka naik, duit atau modal akan mengalir dari negara emerging economies (negara-negara baru muncul) kepada negara maju. Itu kesannya.

Kedua, kesan kejatuhan harga minyak. Dua faktor ini yang luar daripada kawalan kita.

AZNIL: Dan Mungkin tambatan ringgit berjaya ketika itu?

PM: Ya tetapi kosnya tinggi, sangat tinggi. Jadi itu ditimbulkan persoalan sama ada langkah itu wajar atau pun tidak. Itu pun kita boleh debate (debat) sama ada baik atau sebaliknya. Tetapi kita tidak boleh mengulangi perkara itu. Alhamdulillah sebulan, dua ini kita sudah dapat lihat dasar kita memang ringgit semakin kukuh. Banyak kata ia akan terus meningkat lagi.

Dalam media sosial ini, pendapat seorang itu tidak semestinya pendapat yang tepat, itu pendapat individu. Jadi orang kita tak faham, media sosial ini banyak, ia pendapat. Sama ada pendapat mereka jujur atau bermotifkan politik tetapi itu pendapat. Pendapat itu tidak semestinya adalah kebenaran. Didengari, tetapi jangan kita terima, jangan kita terima, telan bulat-bulat.

AZNIL: Satu lagi isu yang dilihat mengenai harga minyak. Mula-mula ada yang kata harga minyak patut diapungkan. Bila diapungkan, mereka dapat lihat harga minyak di luar kawalan mereka pula. Bila naik dan naik mereka bersuara. Bila turun mereka senyap Datuk Seri. Bagaimana kerajaan menangani persoalan dan cerita-cerita mengenai minyak ini?

Kita kena membiasakan rakyat dengan turun naik harga minyak sebab di negara maju harga minyak berubah tiap-tiap hari. Kita rasa kita ini mengapungkan tetapi manage float dan kita sudah beritahu bahawa kita tidak mampu hendak memberi subsidi pukal, sebab itu buat subsidi secara lebih fokus. Cuma kalau harga minyak naik
terlalu tinggi melepasi RM2.50. RON95 RM2.50 kerajaan akan membuat sesuatu untuk membantu rakyat. Itu kita sudah bagi jaminan.

AZNIL: Ada soalan yang bermain diminda bahawa Transformasi 50 (TN50) hendak menidakkan Wawasan 2020. Adakah itu benar Datuk Seri?

PM: Tidak. Saya melihat ini sebagai kesinambungan sebab kita perlu visi baru selepas tahun 2020 dan kita tidak boleh mula pada tahun 2020. Kita kena mula dari sekarangkan sebab kita memerlukan satu tempoh di mana kita hendak mengumpul segala cadangan dan pandangan daripada rakyat.

Saya mahu TN50 ini berbeza pendekatan dengan Wawasan 2020, bukan menidak tetapi berbeza sebab Wawasan 2020 itu top down. Tetapi saya hendak TN50 ni bottom up, saya hendak datang daripada rakyat. Saya mahu visi baru ni visi yang benar-benar daripada rakyat, visi yang mencerminkan aspirasi rakyat.

Jadi kita buat siri dialog, macam-macam kelompok. Bukan saya saja, menteri-menteri lain dalam proses ini dan kita hendak rumuskan semua sekali dan jadikan visi baru untuk negara. Saya sudah mula bayangkan tetapi tidaklah menyeluruh lagi. Belum complete (lengkap). Saya katakan saya hendak Malaysia menjadi negara Top 20. Menjadi 20 negara terunggul, teratas di dunia. Itulah menjadi hasrat, aspirasi kerajaan tetapi belum complete. Kita tengah kumpulkan apa kehendak dan aspirasi rakyat, misalnya banyak hendak soal alam sekitar, Malaysia jadi green, kehijauan negara kita, alam sekitar mesti dijaga sebaik-baiknya, digital Malaysia. Mereka hendak lifestyle (gaya hidup) baru, umpamanya. Macam-macam, idea yang sangat baik.

AZNIL: Bagaimana Datuk Seri hendak menjangkakan 30 tahun akan datang?

PM: Amat sukar tetapi kita sudah lihat tanda-tanda, bayangan dunia baru. Misalnya di negara China, ini bukan satu masa depan, sudah berlaku sekarang ini. Sudah ada kelulusan mikro kredit menggunakan platform Alibaba yang dipanggil 310. Maknanya kalau kita membuat permohonan untuk mendapat mikro kredit. Permohonan itu, komputer memerlukan masa 3 minit sahaja untuk proses dan 1 minit untuk pindahkan duit secara elektronik. 0 kerana tidak ada interface (bersemuka) dengan manusia sama sekali.

Dengan menggunakan big data, sebab sudah ada maklumat pendapatan, perbelanjaan kita, dari segi trend perbelanjaan dan pendapatan, komputer boleh tentukan sama ada kita layak mendapatkan pinjaman itu.

Jadi itulah bayangan, itu hari ini belum 20, 30 tahun akan datang.

AZNIL: Sangat berbeza menguruskan negara pasa suatu ketika itu berbanding sekarang. Dan, Datuk Seri keluar daripada acuan konvensional itu dan menjadi seorang yang begitu faham mengenai digital umpamanya, perniagaan atas talian yang juga ramai rakyat Malaysia terlibat.

PM: Betul, sebab itu saya buat DFTZ bersama-sama dengan Jack Ma, yang pertama di luar negara China. Sudah pun dilancarkan, sudah pun dilaksanakan.

AZNIL: Adakah pilihan raya kita sudah dekat Datuk Seri?

PM: Dah dekatlah. Semakin dekat.

AZNIL: Terima kasih Datuk Seri, Ada sesuatu yang Datuk Seri ingin katakan mengenai masa depan negara kita?

PM: Saya optimis tentang masa depan negara kita sebab kita sebuah kerajaan yang memikir tentang keadaan semasa, hari ini. Dan sebuah kerajaan yang juga memikir masa depan rakyat dan negara.

Kita tidak sanggup mengorbankan masa depan negara kita dengan langkah-langkah populis semata-mata. Itu bukan kerajaan kita.

Kerajaan kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab, yang memikir kehendak dan keperluan rakyat hari ini dan juga akan menjamin masa depan yang lebih baik lagi. Insya-Allah.


Read More

Siapa di belakang #UndiRosak

Siapa di belakang #UndiRosak
Mengapa mereka gerakkan kempen #UndiRosak
Satu sahaja. Kerana HARAPAN menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
Tidak perlu berhujah tentang realpolitik, agenda masa depan, reformasi total dan segala teori ataupun memetik sirah dan nas, jawapan mereka cuma satu; tolak bapa segala kemusnahan negara selama ini!


Kebanyakan 'keyboard warrior' ini amat dikenali oleh pemimpin HARAPAN itu sendiri. Mereka ini terdiri daripada aktivis, ahli parti politik, bekas ahli parti, penulis blog yang pernah bersama-sama berkempen sama ada menulis, melukis, mahupun menjalankan siri ceramah bersama Pakatan Rakyat menjelajah ke seluruh pelosok negara menumbangkan BN pada beberapa pilihan raya umum yang lalu.

Mereka ini dahulu ketika era blog, membina blog-blog mengutarakan pandangan sama ada bernas, berbentuk akademik mahupun gosip politik ataupun hanya sekadar melepaskan geram mengutuk BN dan kepimpinannya.

Tujuan mereka berblog ketika itu adalah untuk membunuh kerajaan BN. Parti-parti pembangkang mendapat dukungan kuat dari aktivis-aktivis ini. Mereka membina blog atas daya usaha mereka sendiri secara sukarela tanpa bayaran.

Mereka membuat poster, grafik, video pendek, juga turut berceramah, mengedar risalah dengan tanpa diupah. Dan hari ini, ketika mereka menghentam HARAPAN, mereka dituduh menerima 'dedak' daripada Najib.

Ini kesilapan besar pembangkang dalam melayan secara angkuh kumpulan #UndiRosak ini. Jika pemain kempen #UndiRosak ini dilabel sebagai pemakan dedak Najib, adakah tentera-tentera baru pembangkang hari ini adalah 'kontraktor-kontraktor kenyang' yang berasa terpanggil untuk mempertahankan tuannya?

Makan dedak jugakah?

Mengapa mereka gerakkan kempen #UndiRosak

Satu sahaja. Kerana HARAPAN menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Tidak perlu berhujah tentang realpolitik, agenda masa depan, reformasi total dan segala teori ataupun memetik sirah dan nas, jawapan mereka cuma satu; tolak bapa segala kemusnahan negara selama ini!

Jalur yang senada

Sebenarnya kempen undi rosak telah dijalankan oleh segolongan kaum Cina penghujung tahun lalu kerana tidak puas hati dengan DAP serta kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang dianggap angkuh.

Gelaran 'tokong' yang diberikan kepada Guan Eng telah menular dengan lebih kuat lagi selepas kejadian banjir besar di Pulau Pinang tahun lalu yang menyaksikan keangkuhan ketua menteri itu menanganinya.

Wakil rakyat DAP sendiri yang prorakyat diketepikan. Belum lagi isu kilang haram yang amat jelas, kerajaan DAP terlalu menyebelahi tauke besar, bukan rakyat.

Kempen undi rosak oleh kaum Cina ini ditulis oleh Yeoh Cheong Ee di portal atas talian The Malaysian Insight pada 5 Disember 2017 lalu.

Blog, laman sesawang dan 'Facebook Page' dalam bahasa Cina telah tumbuh membawa kempen ini.

Selain faktor tolak Mahathir, antara lainnya ialah tidak percaya dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Boikot pilihan raya atau undi rosak disebabkan oleh rasa kurang yakin rakyat dengan ketelusan SPR ini telah ditulis oleh penulis terkenal Faisal Tehrani, “Mengapa Shali tidak mahu mengundi” di Free Malaysia Today, 18 Januari yang lalu.

Jelaslah, permasalahan ini semakin menggusarkan HARAPAN.

Mengapa HARAPAN gusar?

Kerana hal-hal berkaitan persempadanan semula, pendaftaran pemilih dan lain-lain masih belum selesai.

Lapan tuntutan BERSIH untuk pilihan raya umum yang adil dan telus masih di jalan buntu. Dalam keadaan terhad dibuli jentera BN termasuklah SPR yang didakwa oleh mereka sepanjang masa sebagai berat sebelah, kehadiran tentera #UndiRosak semakin menjerut tengkuk.

Kealpaan pembangkang untuk konsisten memperjuangkan ketelusan pilihan raya kerana khayal berbulan madu sepenggal dengan kenaikan seratus peratus elaun dan gaji sebagai 'wakil rakyat' kini menjadi momok yang menghantu fikiran.

Berpengaruhkah 'keyboard warrior' ini?

Imbas kembali tsunami politik 2008 yang membuatkan BN hampir tersungkur, antara sebabnya ialah gagalnya mereka mengikut trend 'berblog' pada waktu itu kerana menyangka media cetak dan media elektronik mereka sudah cukup kuat.

Ekoran dimalukan sebegitu teruk, Umno telah mengeluarkan biaya yang besar menubuhkan skuad cybertrooper untuk menangkis keyboard warrior pro-Pakatan Rakyat.

Inilah yang harus dikenang oleh pimpinan pembangkang.

Ketika cybertrooper mendapat upah menyerang mereka, keyboard warrior membela mereka dengan sukarela. Mengapa hari ini ada di dalam kepala mereka, askar-askar alam maya ini yang dahulunya membela mereka tanpa mereka bayar kini telah diupah oleh musuh untuk menghentam mereka pula?

Jika mahkamah tidak menyebelahi mereka, mahkamah korup. Jika lepas, mahkamah baik. Jika menang pilihanraya, baik. Jika kalah, SPR tipu.

Benar, kempen #UndiRosak ini hanya berlegar di alam maya, tetapi seperti kata Mahatma Gandhi.

“Mulanya mereka mengabaikan kamu, kemudian mereka tertawakan, lepas itu mereka lawan kamu, dan akhirnya kamu menang.”

Pada awalnya memang mereka memperlekehkan kempen #UndiRosak ini. Mungkin mereka menyangka ia hanya parodi atau tidak serius seperti kempen 'PUNDAK (Parti Undi Rosak') yang wujud penggal yang lalu.

Tetapi sekarang HARAPAN sudah mula goyang. Anehnya, sehingga tempoh ini yang kelihatan tidak menunjukkan respon tergugat dek kempen #UndiRosak ini adalah parti gergasi seperti Umno dan PAS.

Sebab itulah ada tuduhan bahawa gerakan ini adalah gerakan tajaan kedua parti tersebut. Taktik menuduh sebagai askar upahan Najib untuk memberikan nama busuk kepada pemain gerakan #UndiRosak ini tidak akan menyelesaikan mimpi ngeri HARAPAN.

Sebaliknya, cabaran HARAPAN dalam pilihan raya umum akan datang akan menjadi lebih getir apabila terpaksa berhadapan dengan dua musuh serentak iaitu BN dan gerakan undi rosak.

HARAPAN yang masih berharapan

Namun begitu, HARAPAN masih punya masa untuk menyusun semula strategi sama ada mengambil langkah berkompromi dan berunding semula dengan 'gerakan yang tidak disusun dalam bentuk organisasi' ini demi untuk lebih fokus kepada matlamat asalnya.

Apa formulanya, bagaimana penyelesaiannya, masa menentukan. Tetapi jika HARAPAN berasa tidak perlu melayan, HARAPAN masih mempunyai kelebihan dan mampu menjelajah ke seluruh negara menyampaikan mesej melalui kempen kesedaran mengajak rakyat menggunakan hak mereka keluar membuang undi.

Sementara gerakan #UndiRosak hanya setakat berlegar di alam maya sahaja kerana gerakan ini tidak disusun sebagai sebuah badan organisasi. Mereka belum pasti akan muncul di medan nyata untuk menemui rakyat dan mengajak rakyat untuk rosakkan undi.

Tetapi tidak mustahil, gerakan maya #UndiRosak yang sekarang ini menjadi hantu di dalam mimpi HARAPAN tiba-tiba boleh menjelma di alam nyata dan merasuk rakyat khususnya pengundi muda sehingga memberikan impak besar kepada keputusan pilihanraya.

Ya, undi rosak tidak memihak kepada HARAPAN tetapi undi rosak juga tidak menambahkan undi BN. Yang nyata, dalam keadaan pilihan raya yang penuh tempang, undi rosak akan membenam HARAPAN. Inilah sebabnya mengapa #UndiRosak menakutkan HARAPAN. Masihkah HARAPAN ada harapan?

_______________

Rujukan:
https://malaysiakini.com/news/409525
Read More

Ringgit terus mengukuh, Rizab Antarabangsa meningkatkan RM32 Billion dalam masa setahun

Ringgit terus mengukuh, Rizab Antarabangsa meningkatkan RM32 Billion dalam masa setahun


Ringgit terus meningkat setelah BNM menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25% yang menandakan ekonomi kita berkembang dengan pesat dan boleh memberi impak kepada inflasi.

Berbanding setahun yang lalu, di mana AS$ = RM4.44, Ringgit kita kini berada pada RM13.89, hampir 13% lebih rendah.

Oleh itu, adakah kita boleh mengharapkan harga barang yang diimport turun 13%?

iPhone, telefon Samsung, kereta import sepenuhnya dan kasut Adidas akan menjadi 13% lebih murah?

Di sisi lain, adalah merbahaya apabila Ringgit kita mengukuh terlalu mendadak yang mungkin memberi kesan kepada eksport kita.

Nampaknya BNM tidak membeli AS$ secara agresif untuk menghentikan kenaikan mendadak Ringgit.

Bagaimanapun, anda masih boleh menjangkakan rizab BNM meningkat dengan ketara untuk bulan ini.

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$103 bilion pada 15 Januari 2018, lebih tinggi daripada AS $ 102.4 bilion yang dicatatkan pada 29 Dis, 2017.

15 Januari 2018:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=4604&lang=en

29 Disember 2018:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=4596&lang=en

Rizab berjumlah AS$95.0 bilion pada akhir Januari 2017 - bermakna BNM telah menambah AS$8 bilion (RM32 bilion) hanya dalam tempoh setahun.

29 Januari 2017:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=4597&lang=bm

** Mahathir buat fitnah kata Bank Negara Hilang RM106 billion.
Read More

Timbalan Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu Dicekup SPRM

Timbalan Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu Dicekup SPRM
Timbalan Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan disyaki menganugerahkan kerja-kerja pembekalan barangan keperluan pelajar kepada pihak berkepentingan.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim dilaporkan mengesahkan penahanan itu termasuk anak kepada suspek yang berusia 24 tahun dan seorang pemilik syarikat berusia 40 tahun.

Kesemua mereka ditahan hari ini antara jam 4.30 petang dan 7 malam.

Laporan sebuah portal menyebut timbalan pengetua wanita yang berusia 48 tahun itu dipercayai menyalahgunakan kuasanya dengan memberikan kerja pembekalan barangan keperluan pelajar berjumlah RM79,000 kepada sebuah syarikat secara rundingan terus.


Read More

Kes Terowong P Pinang: Datuk Seri Direman Lima Hari

Kes Terowong P Pinang: Datuk Seri Direman Lima Hari
PUTRAJAYA: Seorang pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar Datuk Seri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Perintah reman bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret Ainna Sherina Saipolamin di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Lelaki berumur 62 tahun itu dipercayai terbabit dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di negeri berkenaan yang bernilai lebih RM305 juta kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kira-kira 2.44 petang Rabu.

Difahamkan, firma kejuruteraan suspek yang berpangkalan di Kuala Lumpur pernah terbabit dalam pelbagai projek mega, antaranya pembinaan sebuah jambatan di Pulau Pinang, terminal bas di ibu negara dan menaik taraf sebuah lapangan terbang negeri.

Penahanan suspek menjadikan seramai empat individu telah ditahan SPRM setakat ini bagi membantu siasatan projek berkenaan.Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.- Bernama



Read More

Kes Terowong P. Pinang: Datuk Seri Ditahan

Kes Terowong P. Pinang: Datuk Seri Ditahan
Seorang Datuk Seri yang menjadi pengerusi syarikat perunding kejuruteraan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Laporan Utusan Online yang memetik sumber berkata suspek, 62, dipercayai terbabit dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong dasar laut yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada kerajaan negeri.

“Suspek ditahan ketika hadir untuk memberikan keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pada 2.44 petang tadi.

“Sehingga hari ini, sebanyak empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung projek kontroversi tersebut,” katanya hari ini.

Semalam seorang perunding wanita ditahan dan direman lima hari bermula Rabu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan mengesahkan penahanan berkenaan.




Read More

Kebebasan bersuara Cara DAP

Kebebasan bersuara Cara DAP

Kasihan kepada mereka yang dibuang kerja menjelang Tahun Baru Cina. 

Inilah ke besan bersuara cara DAP,


_________

Lima kakitangan ahli politik DAP yang juga ADUN DAP bagi Tanjung Bungah diarahkan meninggalkan pejabat mereka oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang tanpa diberikan sebarang sebab.

Pada 21 Januari kakitangan pejabat ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu menerima surat bertarikh 19 Januari berhubung penamatan perkhidmatan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Mereka diberi 30 hari untuk melepaskan jawatan mereka sehingga 18 Februari, hari ketiga Tahun Baru Cina.

Baca seterusnya di
https://malaysiakini.com/news/409899


_________

Rujukan:


https://m.malaysiakini.com/search/my?q=Teh+yee+cheu&search=Go
Read More

Pakatan Harapan Sarawak yakin menang 10 kerusi untuk tubuh kerajaan

Pakatan Harapan Sarawak yakin menang 10 kerusi untuk tubuh kerajaan


Chong Chieng Jen semalam menzahirkan keyakinannya bahawa Pakatan Harapan (PH) dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN) jika pakatan itu dapat memenangi sepuluh kerusi di negeri ini.
Pengerusi PH itu berkata, jumlah tersebut lebih daripada mencukupi untuk menawan Putrajaya.
Chong yang juga pengerusi DAP negeri dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, dalam satu sidang media di sini semalam seperti dipetik media tempatan hari ini, menyatakan keyakinannya bukan sahaja untuk mempertahankan enam kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu, malah, yakin memenangi sepuluh kerusi.
Pada PRU lalu, DAP yang bertanding di 11 kerusi memenangi lima kerusi, iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu, dan Lanang, manakala  Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di 15 kerusi hanya menenangi Miri.
Lima kerusi yang ditandingi Pas dalam PRU lalu bakal diserahkan kepada Amanah, iaitu Kota Samarahan, Batang Sadong, Tanjung manis, Igan dan Sibuti.
Seperti nasib yang dialami Pas pada PRU-13, penganalisis politik percaya bahawa Amanah juga dijangka tidak memenangi sebarang kerusi kerana semua kerusi itu merupakan kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Chong yang juga Adun Kota Sentosa dipetik sebagai berkata, daripada 165 yang bakal ditandingi Pakatan Harapan di Semenanjung, ia dijangka dapat menawan 100 kerusi.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen bakal ditandingi dalam PRU-14.
Untuk PRU-14, bagi Semenanjung, sebanyak 52 kerusi akan diberi kepada Bersatu, 51 kerusi kepada PKR, DAP 35 kerusi, dan Amanah 27 kerusi.
Keputusan itu dibuat pada perhimpunan  Pakatan Harapan di Shah Alam awal bulan ini.
Read More

iM Sarawak Helps Make Kampung Serikin’s Water Woes A Thing Of The Past

iM Sarawak Helps Make Kampung Serikin’s Water Woes A Thing Of The Past

BAU: The entire village of Kampung Serikin is once again able to enjoy uninterrupted water supply to their homes courtesy of iM Sarawak.
iM Sarawak recently helped the village of 140 houses to replace all 4 kilometres of its main water piping.
Deputy Minister of Agriculture and Agro-Based Industry Dato Anthony Nogeh Gumbek said, the new pipes are made from High-Density Poluethylene (HDPE) and are expected to last for at least 30 years.
Due to that, he urged the Village Security and Development Committee JKKK from Kampung Serikin to work together in taking care of the newly installed pipes.
He said this in his speech during the Launching of Water Supply System in Kampung Serikin, Bau.
He further said, his missions are to help Kampung Serikin to have the same facilities as those in the urban areas as well as to help villagers increase their economic activities and income.
Read More

Kes rogol gadis 12 tahun disebut lanjut 2 Feb 2018.

Kes rogol gadis 12 tahun disebut lanjut 2 Feb 2018.

MIRI: Mahkamah Sesyen menetapkan 2 Februari depan untuk sebutan lanjut kes seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar Dato yang dituduh merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun dan seorang ibu ayam yang dituduh melacurkan kanakkanak terbabit.
Hakim Steve Ritikos turut memerintahkan agar tarikh perbicaraan iaitu pada 5 hingga 9 Mac depan yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan.
Tertuduh pertama, 82, dari Piasau Jaya Fasa 1 di sini, didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (D) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun serta tidak melebihi 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh pertama dituduh merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun dan 11 bulan.Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 12.40pagi, 31 Ogos lalu di bilik hotel bajet di Taman Jade Manis di sini.Selain itu, tertuduh pertama turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana didakwa merogol budak perempuan yang sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8 malam, 11 September lalu di bilik hotel bajet di Jalan Masjid di sini.Seksyen 376 (1) memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Manakala tertuduh kedua, 31, dari Kampung Lereng Bukit di sini menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 372 (1) (d) Kanun Keseksaan dan dua tuduhan di bawah Seksyen 372 (1) (a) kanun sama yang masingmasingnya memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh kedua didakwa secara salah mengurung seorang budak perempuan berusia 12 tahun dan 11 bulan dengan niat untuk dilacurkan kepada tertuduh pertama.Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12 pagi, 31 Ogos lalu di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Cressandra di sini.
Manakala dalam tuduhan kedua dan ketiga, tertuduh kedua didakwa menjual budak perempuan yang sama untuk tujuan pelacuran kepada tertuduh pertama.Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh kedua pada jam 12.40 pagi, 31 Ogos lalu di sebuah bilik hotel bajet di Taman Jade Manis di sini dan jam 8 malam, 11 September lalu di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Masjid di sini.Kedua-dua tertuduh kemudian dibenarkan dibebas dengan jaminan lanjut masing- masing RM15,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.
BP
Read More