Zaid Ibrahim Biadap Pertikai Titah Sultan Selangor


Tugas Zaid didalam DAP adalah untuk menyerang Raja-raja Melayu. Beliau juga bakal menggantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dari DAP sekiranya Pakatan mengekalkan kuasa di Selangor.

DAP tahu bahawa Raja-Raja Melayu melihat Pakatan Harapan sebagai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. Jadi pilihan raya akan datang akan menjadi pertandingan antara gabungan parti yang diketuai Umno dan gabungan parti yang diketuai DAP - secara ringkas sebuah pakatan yang dipimpin oleh Melayu berbanding pakatan yang dipimpin oleh Chauvinist Cina.

***************

Titah Sultan Selangor perlu dilihat dari sudut yang positif, namun pembangkang dilihat enggan berhenti bermain politik dengan menunjukkan sikap kurang ajar mereka terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, ia sepatutnya tidak berlaku kerana titah sultan Sharafuddin Idris Shah adalah tanda bahawa baginda sayangkan negara.

Namun kebiadapan mereka adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima, apatah lagi mendiam diri susulan kenyataan rasis Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap masyarakat Bugis.

“Raja-Raja Melayu merupakan tiang utama negara ini dan sudah tentu titah dibuat setelah dibuat pertimbangan dari setiap sudut. Adalah tugas baginda bagi memastikan kedudukan negara berada dalam keadaan yang terbaik.

“Tindakan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim mempertikai titah baginda adalah jelas cuba menafikan peranan Raja-raja Melayu dan secara nyata menunjukkan sikap angkuh dan biadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin membangkitkan kegusaran baginda terhadap golongan tertentu yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi.

Baginda juga dilaporkan bertitah bahawa Dr Mahathir mempunyai ‘rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam, yang dijangka boleh ‘membakar seluruh negara’.

Susulan itu, ia mengundang rasa kurang senang bekas menteri undang-undang itu, yang mengingatkan Sultan Selangor supaya berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.

Pada masa sama, Budiman mengesa rakyat Selangor menilai tindak tanduk biadap pembangkang.

“Kita seharusnya bersatu mempertahankan titah Sultan Selangor ini,” kata ADUN Sungai Panjang itu.



**********
Rujukan:
Sultan Menegur Mahathir Hanya Selepas Mendapatkan Semua Fakta

Zaid’s Job Is To Attack The Raja-Raja Melayu



Author:

Facebook Comment