[Video] Menipu Adalah Tugas Hakiki Rafizi Terus Hasut Rakyat



https://youtu.be/uvlnK_k8ERM

Penipuan yang kononnya tidak disengajakan berhubung pemberian tender Ekspo Negaraku oleh Rafizi Ramli bukan suatu perkara pelik kerana sudah menjadi tugas hakiki pemimpin itu untuk terus menghasut rakyat.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, sebelum ini juga pelbagai penipuan telah dilakukan dan usaha beliau itu akhirnya berjaya mempengaruhi minda rakyat.

Namun ia perlu dijelaskan dengan tegas tentang apa yang dilakukan Rafizi serta pemimpin pembangkang yang lain.

“Rafizi memang mengaku yang kerja dia menghasut rakyat, apa yang peliknya? Dia akan cuba buat apa sahaja dengan mencari ruang membuat isu sensasi, yang kebanyakannya tidak berfakta, betul tak betul itu belakang kira, yang penting rakyat terpengaruh dengan apa yang diperkatakannya.

“Lihat contoh lain, Datin Seri Rosmah kononnya membeli cincin RM24 juta, ini dia tuduh pula Datuk Seri Rahman Dahlan beri tender kepada abangnya, dari dulu dia memang tak serik kena saman, lepas itu menyusahkan rakyat suopaya beri derma kepada dia melalui INVOKE.

“Pemimpin mana yang menyusahkan kerajaan? Bukan dia kah?” soalnya kepada BNBBC.my portal pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tindakan Rafizi dalam sidang medianya yang menyatakan Abdul Rahman telah memberi tender kepada abangnya.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR itu bahawa kontrak pelaksanaan Ekspo Negaraku 2017, diberikan kepada abangnya, Noor Raslan Md Dahlan.

Malah menurut Abdul Rahman, Noor Raslan adalah Ketua Pegawai Eksekutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd itu juga tidak mempunyai pertalian saudara dengannya seperti yang didakwa Ahli Parlimen PKR Pandan itu.

“Dia adalah seorang pemimpin yang sangat merugikan parti, dulu disanjung tinggi sehingga dijadikan Setiausaha Agung PKR, pegang lagi jawatan lain iaitu Naib Presiden PKR, ramai yang kata dia think-thanker untuk PKR dalam menarik orang muda menyokong pembangkang.

“Adakah dengan cara lapuk ini yang dikatakan strategi bagi mempengaruhi minda masyarakat?

“Ini adalah cara yang sangat tidak berintegriti dan tidak bermoral,” ujarnya lagi.

Ekspo Negaraku yang berlangsung di Dataran Merdeka selama sebulan bermula 15 November lepas merupakan ekspo interaktif julung kali dianjurkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai perancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan.



***************
Rujukan:
Rafizi Kantoi Lagi, Rahman Dahlan Sedia Ambil Tindakan Perundangan
http://pakdin.my/rafizi-kantoi-lagi-rahman-dahlan-sedia-ambil-tindakan-perundangan/

Author:

Facebook Comment