UMNO Makin Kukuh, Pakatan Pembangkang Makin Rapuh

Di PWTC, ribuan ahli UMNO berkumpul dan bersemangat mendengar amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dan ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di malam hari.

Ribuan ahli UMNO ini segak memakai logo parti yang sama iaitu UMNO. Sejumlah 63 peserta luar negara dari 17 parti politik di 14 negara hadir sama di PWTC bagi mengikuti persidangan UMNO.

51 perwakilan dari 82 kelab UMNO luar negara turut serta. 350 pelajar dari 70 universiti di Malaysia hadir sama untuk menjadi pemerhati persidangan UMNO.

Ini tandanya UMNO makin diminati. Orang luar negara mahu pelajari. Anak anak muda datang memerhati. Bukan seperti parti bunga itu, ramai yang sudah keluar parti dan lari.

Perwakilan UMNO dari Padang Besar, Perlis hingga Kudat, Sabah datang ke PWTC untuk berhimpun dan bersidang demi agenda pertiwi dan parti. Bukan seperti pembangkang yang hanya pentingkan agenda peribadi dan kroni.

UMNO semakin kukuh. Berbeza sama sekali dengan pembangkang yang kelihatan semakin rapuh. Semalam, pembangkang menerima tamparan bila Wan Azizah, Presiden Pakatan Harapan diarah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Felda kerana kesalahan fitnah.

Pembangkang juga dikritik hebat semalam bila Zaid Ibrahim bertindak biadap menghina Sultan Selangor dalam satu tulisannya ditwitter. Cerita siapa hendak jadi PM dan TPM pun pembangkang belum selesai lagi.

Lebih teruk lagi, pembangkang juga khabarnya akan bertanding tanpa logo yang sama. Semua ini berlaku kerana kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat cawangan dan kegagalan pemilihan CEC DAP.

Ketua Whip Parlimen PKR Datuk Johari Abdul menerusi kenyataannya dalam sebuah portal pembangkang memberitahu bahawa PPBM belum mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), justeru meningkatkan kemungkinan parti itu tidak dapat bertanding di bawah logo gabungan bersama.

Dalam isu ini, Pakatan Harapan tidak boleh menyalahkan ROS kerana agensi berkenaan menjalankan tugasnya berdasarkan peraturan yang ada.

Justeru siapa yang perlu dipersalahkan? PPBM yang patut dipersalahkan kerana sehingga sekarang ia gagal mengadakan AGM parti itu. Alasan yang diberikan oleh pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini ialah kerana masalah di peringkat cawangan dan bahagian.

Sedangkan mengikut perlembagaan parti, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, satu mesyuarat agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.

Jadi disebabkan kegagalan PPBM ini, maka tidak tercapailah harapan Pakatan Harapan untuk bertanding di bawah satu logo. Meskipun cadangan asal untuk pembangkang bertanding di bawah satu logo dicetuskan oleh pengerusi PPBM sendiri, namun akhirnya parti beliau yang menggagalkannya.

Pakatan Harapan cuba meniru Barisan Nasional (BN) namun hakikatnya ia belum dapat mencapai `kelas' yang dimiliki oleh BN. Walaupun Pakatan kini menggunakan artis-artis untuk menyerang kerajaan tetapi malangnya artis yang ada adalah artis yang suam-suam kuku yang sudah tidak popular lagi.

Mungkin mahu menumpang menarik undi peminat artis berkenaan tetapi sebenarnya ia tidak berkesan pun. Malah artis terbabit lebih teruk diserang disebabkan kebodohan mereka sendiri.

Pembangkang yang semakin rapuh, lusuh dan melepuh. Terpaksa kaut apa sahaja yang sempat kerana sedang tenggelam dihanyutkan oleh arus yang deras. Najis dan kayu terapung pun mereka akan gapai untuk selamatkan diri. 

Amat berbeza dengan UMNO yang semakin kukuh. Terus kukuh dan kuat menjelang PRU14. Jajan 3A yang disebut oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid iaitu "Action, Action dan Action" menjadi seruan perang semua ahli UMNO untuk hadapi pembangkang dalam PRU14 ini.




Tulisan :
Beruang Biru
BB685, Rabu
6 Disember 2017

Author:

Facebook Comment