Tanah Felda Jalan Semarak: Siapa Di Sebalik Syarikat Yang Terlibat - Mahacai Cap Bunga Kena Tahu




Kedua-dua pemilik Synergy Promenade, syarikat yang didakwa telah merampas tanah RM270mil dari FELDA melalui Felda Investment Corp (FIC), ialah Noraini Soltan dan adiknya, Rahman Soltan.

Noraini Soltan adalah seorang usahawan terkenal yang mendapat pembiayaan dan dilatih oleh PNB untuk memulakan syarikat plastik bernama Spiro Plastics pada tahun 1992 semasa Tun Ismail Mohd Ali adalah pengerusi PNB. Tun ismail Ali adalah saudara ipar Tun Mahathir.

Dengan bantuan PNB, syarikat itu telah berkembang selama bertahun-tahun menjadikan Noraini terkenal sebagai Vendor Proton.

Malah, dia sering mengambil peranan sebagai  pengerusi  penganjur kepada beberapa majlis anjuran Persatuan Vendor Proton (PVA):

Mahathir adalah akrab dengab  PVA dan kerap memberikan ucapan didalam majlis persatuan itu.

Anaknya, Mukhriz juga mempunyai pelbagai kaitan dengan Noraini Soltan

Seorang agi yang mendaoat perhatian ialah Zahid Mat Arip, yang merupakan ahli jawatankuasa PERKASA dan kini merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau adalah pembantu khas Tan Sri Isa semasa perjanjian tanah Semarak dalam tahun 2014 dan sebelum ini di reman oleh SPRM beberapa bulan lalu kerana peranannya dalam pembelian sebuah Hotel di Kuching dengan harga yang lebih tinggi oleh Felda Investment Corp.

Oleh itu, orang-orang PRIBUMI yang kini cuba mengaitkan saudara dan adik Soltan kepada pemimpin kerajaan sekarang perlu sedar bahawa hubungan mereka dengan Mahathir, keluarganya dan partinya lebih akrab.



LSS.

*********
Rujukan:
https://tinyurl.com/y9vgxm6j


Author:

Facebook Comment