Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS Dibatalkan - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, December 16, 2017

Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS Dibatalkan

Perlaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) telah dibatalkan.

KSU MOTAC membuat pengumuman pada pukul 4 petang tadi.

Pembatalan itu dilakukan selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri.

Harap lepas ini tidak timbul masalah mengenai permohonan Visa dan berlaku penipuan. Selamat menunaikan Ibadah Umrah dan selamat melancung.

___________________________

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS.

Menurut Ketua Setiusahanya, Datuk Rashidi Hasbullah, pembatalan itu selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri.

Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan kesemua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah di negara ini yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah

IMAMS yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia diperkenalkan bagi menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.



No comments:

Post a Comment