Pejabat KM Sarawak Nafi Sebaran Borneo Voice


Pejabat Ketua Menteri Sarawak berkata makluman dalam Facebook yang memetik kenyataan ketua menteri sudah membubarkan parti Barisan Nasional di negeri itu adalah palsu.

“Catatan itu juga disebar dengan meluas dalam chatgroup. Kami ingin memperjelaskan bahawa ketua menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Catatan ini adalah berita palsu rekaan orang tertentu atas sebab yang hanya mereka sendiri tahu,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Menurut kenyataan itu, catatan Facebook di bawah akaun Borneo Voice menjadi tular yang memetik ketua menteri berkata: “Saya tidak mempunyai pilihan melainkan untuk membubarkan parti Barisan Nasional di Sarawak dan selepas itu membentuk sebuah kerajaan negeri yang baharu.







Author:

Facebook Comment