Mengapa Kit Siang Tidak Bela Dr M Dalam ‘Kerugian’ RM160 Bilion BNM? - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, December 26, 2017

Mengapa Kit Siang Tidak Bela Dr M Dalam ‘Kerugian’ RM160 Bilion BNM?


Kit Siang perlu menulis buku itu jika dia berani. Saya sendiri akan membeli 10 salinan. Berapa banyak salinan yang akan macai Pakatan akan beli?

*********
Timbalan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Datuk Eric See-To terus mencemuh Tun Dr Mahathir Mohamad dan PPBM kerana menyifatkan “pengurangan rizab asing” Bank Negara Malaysia (BNM) dari 2013 hingga 2016 sebagai satu “skandal”.

Dalam kenyataan hari ini, beliau mengheret Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam pertengkaran itu, mencabarnya menulis buku mengenai “skandal” RM160 bilion BNM.

Menurut See-To, tiada pihak lain, termasuklah Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, agensi pelaporan kredit antarabangsa, bank antarabangsa dan media asing, pernah memanggil kerugian RM160 bilion itu sebagai satu skandal.

“Barangkali, untuk mengelak kelihatan dungu, tiada pemimpin Pakatan seperti Lim Kit Siang, Tony Pua atau Rafizi (Ramli), yang biasanya akan mengeluarkan pelbagai kenyataan, sekali pun bersuara terhadap dakwaan mengarut Dr Mahathir.

“Jika ‘kerugian’ itu benar, saya menggalakkan pemimpin tertinggi DAP dan Pakatan, Lim Kit Siang untuk juga menulis buku tentang ‘skandal tukaran asing (forex) RM160 bilion oleh BNM’, seperti buku yang ditulis Kit Siang tentang skandal forex BNM sebanyak RM30 bilion beberapa tahun lalu.

“Kit Siang tidak akan tulis buku sebegitu mengenai skandal RM160 bilion ini kerana beliau pun tidak mahu sejarah menilainya sebagai lelaki gila yang akan memilih untuk membuat dakwaan terdesak dan tidak benar.”

Pengerusi PPBM Dr Mahathir sebelum ini mendakwa rizab BNM susut AS$39.6 bilion (RM161.6 bilion) antara 2013 dan 2015 dan ianya jumlah yang lebih besar daripada jumlah susut BNM dalam urus niaga tukaran mata wang asing yang dikatakan berlaku bawah pentadbirannya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, tiada suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan pun untuk menyiasat kerugian 2013-2015 yang berlaku bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pada satu forum siaran langsung Facebook, beliau juga berkata dakwaannya boleh disahkan oleh sesiapa sahaja yang membaca laporan bank pusat itu.

Dalam menyangkal Dr Mahathir, pada 19 Disember, Menteri Kewangan KII Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerugian itu disebabkan oleh aliran keluar dana asing dan bukanlah disebabkan oleh urus niaga forex.

Katanya, aliran keluar itu terjadi kerana prospek pertumbuhan global yang lemah, penantian normalisasi dasar kewangan di Amerika Syarikat dan harga minyak global yang jatuh merudum.

Dr Mahathir membalas aliran keluar sebegitu hanya boleh terjadi jika BNM menjual dolar AS daripada rizab negara, menyebabkan kerugian wang.

“Ini diperakui sendiri oleh BNM. Inilah yang terjadi apabila ringgit dibenarkan terapung. Bolehkah Encik Johari menjelaskan bagaimana dengan cara lain rizab itu boleh susut? Bolehkah beliau jelaskan mengpa BNM perlu ikuti trend dan sertai aliran keluar dolar AS?” kata Dr Mahathir di blognya.

Menjawab soalan itu hari ini, See-To berkata ianya benar BNM menjual “dolar AS daripada rizab negara pada masa itu, tetapi itulah fungsi rizab dan ianya memang tanggungjawab BNM”.

Dalam kes ini, katanya, BNM meraih semula ringgit. Tetapi daam skandal forex 1990-an, bukan sahaja rizab dolar AS milik Malaysia menurun “tetapi kita tidak meraih semula ringgit kerana ia habis kerana perjudian, bukan kerana BNM menjalankan tanggungjawabnya menguruskan mata wang negara dan rizab dengan cara jujur tanpa sembunyi.

Malahan, kata See-To, BNM meraih keuntungan ringgit agak besar antara 2013 dan 2016.

“Ianya benar-benar mengarut untuk membandingkan pengurangan rizab asing hanya kerana BNM menjalankan tanggungjawanya secara jujur dengan perjudian haram yang membawa kepada kerugian sebenar dan kemudian disembunyikan. Ia nampaknya seperti cubaan terdesak untuk mengelakkan tanggungjawab atas dapatan hasil RCI baru-baru ini.

“Sebagaimana yang dijelaskan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani, tempoh 2013-2016 adalah tempoh aliran keluar modal di mana pelabur menjual aset ringgit untuk mendapatkan dolar AS bagi melabur semula di AS.”

Malaysia bukan satu-satunya yang terkesan oleh ini. Pelbagai negara termasuk China juga terkesan.

“Dalam kes China, mata wang Yuan mereka juga lemah daripada RMB6.1 kepada hampir RMB7.00 terhadap dolar AS sementara rizab asing mereka jatuh sebanyak AS$1 trilion (RM4.08 trilion) semasa 2013 hingga 2016.

“Pengurangan AS$1 trilion dalam rizab China adalah pada skala berkali ganda lebih besar daripada pengurangan AS$39.6 bilion rizab BNM pada tempoh sama dan membuktikan aliran keluar mata wang dan kelemahan mata wang itu dulu tidak memberi kesan hanya kepada Malaysia.”

See-To berkata rizab forex Malaysia sudah mula meningkat semula daripada AS$94 bilion pada 2016 kepada AS$102.2 bilion setakat 15 Disember tahun ini.

Katanya, ini lebih tinggi daripada rizab forex sebanyak AS$87.1 bilion semasa Najib mengambil alih pada April 2009.

“Memandangkan aliran keluar modal kini bertukar menjadi aliran masuk, rizab forex BNM sudah menaik sejak tahun lepas dan semua petunjuk menunjukkan ianya akan terus meningkat.”



***********
Macai Cuba Mengalih Perhatian Skandal Forex BNM Mahathir
http://pakdin.my/macai-cuba-mengalih-perhatian-skandal-forex-bnm-mahathir/

Siaran Akhbar Oleh Menteri Kewangan II Rizab Antarabangsa Malaysia (2013-2015)
http://pakdin.my/siaran-akhbar-oleh-menteri-kewangan-ii-rizab-antarabangsa-malaysia-2013-2015/

Mahathir Kata Rugi RM160 Billion Tetapi BNM Mencatat Keuntungan Tempoh 2013 – 2015
http://pakdin.my/mahathir-kata-rugi-rm160-billion-tetapi-bnm-mencatat-keuntungan-tempoh-2013-2015/

No comments:

Post a Comment