Malaysia Sokong Resolusi PBB Tolak Keputusan Amerika Iktiraf Baitulmuqaddis Ibu Negara Israel

Malaysia menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitumuqaddis sebagai ibu negara Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tidak mungkin sampai bila-bila akan kita setuju,” tegas Najib dalam catatan di laman Twitter berhubung tindakan Amerika itu.

Najib seterusnya berkata Malaysia tidak bergantung dengan mana-mana negara termasuk AS dalam menyatakan pendirian berhubung perkara itu

“Walaupun dia (AS) kuasa besar tetapi jangan perlekehkan Malaysia!” kata perdana menteri.

Lebih 120 negara termasuk Malaysia pada Khamis mengundi menyokong resolusi PBB yang meminta AS menggugurkan pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Sebanyak 128 negara menyokong resolusi itu, sembilan menolak manakala 35 lagi berkecuali.

Amerika sebelum itu menggunakan kuasa veto bagi menghalang satu draf resolusi serupa pada sidang Majlis Keselamatan PBB, Isnin lalu.





********
Rujukan:

Author:

Facebook Comment