Malaysia Menuju Ke Arah Yang Betul - PM - Randau Sarawak

Breaking

Monday, December 25, 2017

Malaysia Menuju Ke Arah Yang Betul - PM

Pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia meningkat dan diunjurkan pada 5.5 – 6.0 peratus untuk 2017, didorong oleh permintaan domestik dan eksport yang teguh. "Bukti bahawa kita  sedang menuju ke arah yang betul," .- PM Najib Razak

‘证明大马正朝正确方向前进’ 💪
各个国际信誉权威组织都认同大马发展与成就,难道这些报告不可信❓
只不过有些吃不到葡萄说葡萄酸的人企图拖后脚而已。。😏
"Real GDP growth has surprised on the upside and is projected at 5.5–6.0 percent for 2017, driven by domestic demand and robust exports." Pleased to read this new report by IMF. Proof that we are heading in the right direction.-PM Najib Razak
--------------
Malaysia sedang menuju ke arah yang betul seperti yang dibuktikan dalam laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar negara pada 2017, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri merujuk kepada laporan IMF baru-baru ini yang menyatakan bahawa pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia meningkat dan diunjurkan pada 5.5 – 6.0 peratus untuk 2017, didorong oleh permintaan domestik dan eksport yang teguh.

"Bukti bahawa kita  sedang menuju ke arah yang betul," kata Najib dalam catatan terbaru Twitter beliau.

IMF menyatakan bahawa agenda pembaharuan struktur komprehensif pihak berkuasa, yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia ke-11, yang memberi tumpuan terhadap usaha menambah produktiviti dan hasil pasaran tenaga kerja, akan  membantu meningkatkan pertumbuhan jangka sederhana dan meningkatkan taraf hidup.

"Keutamaan perlu diberikan kepada dasar-dasar untuk menggalakkan penyertaan pasaran tenaga kerja wanita dan mengurangkan ketidakpadanan kemahiran," katanya.

Pasukan IMF, yang diketuai oleh Nada Choueiri, melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 28 Nov hingga 8 Dis 2017 untuk mengadakan perbincangan bagi Rundingan Artikel IV 2018 dengan Malaysia.

Pasukan itu bertukar-tukar pandangan dengan pegawai kanan kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta bertemu dengan wakil dari sektor swasta dan kumpulan pemikir.

Dalam satu kenyataan selepas akhir lawatan itu, Choueiri menyatakan ekonomi Malaysia telah menunjukkan daya tahan pada tahun-tahun kebelakangan ini dan terus berjalan dengan lancar.

"Bagaimanapun, inflasi teras dan pertumbuhan kredit terkawal. Inflasi harga pengguna telah meningkat dengan harga minyak yang lebih tinggi, dan diunjurkan hampir empat peratus untuk 2017. Dari segi luaran, lebihan baki akaun semasa telah meningkat, dibantu oleh eksport yang kukuh," kata Choueiri.

"Pertumbuhan KDNK sebenar dijangka pada 5.0 – 5.5 peratus pada 2018. Walaupun kenaikan kitaran akan mula normal, momentum dalam aktiviti dijangka terus kukuh pada separuh pertama tahun ini, disokong oleh permintaan domestik dan kekuatan yang berterusan dalam perdagangan global.

"Inflasi dijangka merosot dalam jajaran 3.0 – 3.5 peratus dengan kesan yang lebih rendah daripada harga minyak dunia.

"Risiko terhadap prospek jangka pendek adalah seimbang. Permintaan global yang kukuh untuk elektronik, yang memberi manfaat kepada eksport Malaysia, boleh bertahan lebih lama daripada yang dijangkakan, sementara risiko penurunan, termasuk ketidakpastian dasar dalam ekonomi maju dan keadaan kewangan global yang lebih ketat. Mengenai masa depan, keseimbangan dasar akan menjadi perkara utama.

"Rancangan pengukuhan fiskal yang dirancang kerajaan untuk 2017-2018 adalah sesuai, dan akan membantu membina penampan dan mengekalkan keyakinan pasaran kewangan.

"Dalam jangka sederhana, dasar fiskal perlu mengikut laluan pengukuhan secara beransur-ansur, dan komposisi pelarasan boleh diperbaiki untuk menjadikannya lebih banyak berasaskan  pendapatan dan memberi ruang untuk pembaharuan struktur dan meningkatkan perbelanjaan sosial untuk pertumbuhan inklusif,” katanya.

Sektor kewangan pula, katanya, berdaya  tahan dan keuntungan serta kecairan  bank adalah kukuh, dan akses korporat kepada kredit kekal baik.

“Walaupun pertumbuhan harga perumahan sederhana, risiko wujud  dalam pendedahan kepada gadai janji isi rumah dan sektor pembangunan hartanah. Bagaimanapun, impak mereka terhadap kestabilan kewangan makro dilihat terkawal.

"Keutamaan perlu diberikan kepada dasar-dasar untuk menggalakkan  penyertaan tenaga kerja wanita; meningkatkan kualiti pendidikan dan kemahiran; meningkatkan latihan vokasional dan teknikal untuk mengurangkan ketidakpadanan kemahiran pasaran buruh; menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D); serta menambah baik infrastruktur awam, "katanya. –Bernama
--------------
国际货币基金组织(IMF)看好在全球经济持续强稳和内需扶持下,我国2017上半年经济料延续强劲增长动能,连带推动全年经济增长5至5.5%。

对此认可,首相拿督斯里纳吉在推特上发文表示:“这证明大马正朝正确的方向前进”

以纳达邹尔礼为首的I M F团队,近期造访大马,并与国家银行和政府高管交换意见。IMF认为,明年实际GDP增长介于5至5.5%,主要是周期性涨势虽趋向正常化,但在内需和全球贸易续强下,上半年经济活动动能料持续强劲。

IMF说,大马经济近年表现稳定,并持续交出良好的表现,实际国内生产总值涨势令人惊喜。今年首3季增幅达到5.9%,预期全年经济在内需和蓬勃出口扶持下,增速将介于5.5至6%。

“但核心通膨和信贷增长仍受控。消费物价指数虽因油价走高,可全年增幅料为4%。外围方面,经常账盈余在强劲出口带动下,持续增加。”

IMF表示,大马经济短期展望和风险趋向平衡,主要是全球对电子产品需求殷切将造福大马,实际影响可能比预期更强,但发达经济体政策不明朗及全球金融条件趋紧等下行风险犹存。

“展望未来,政策取得良好的平衡是关键。”

IMF补充,政府2017至2018年财政改革按表操课动作恰当,将有理于筑起缓冲器和维持金融市场信心,中期财政政策也应遵守循序渐进的改革脚步,而调整的组合也需持续改善以达到开源效果,并为结构改革和提高社会开销促进包容性增长创造空间。

“中期财政目标需进行更好的沟通工作。”

IMF补充,监管单位在第11大马计划列出完整的结构改革事项,并专注于提高产能和改善劳工市场将可提振中期增长和提高生活标准。

“应优先考量的政策,包括提升女性就业参与度、改善教育与技能品质、提升职业和技术培训来减少劳工市场技能错位问题、鼓励研发和更新公共基础建设等。”
------------
Malaysia is heading in the right direction as attested by the International Monetary Fund’s (IMF) report on the country’s real gross domestic product (GDP) growth projection for 2017, Datuk Seri Najib Tun Razak said.

The Prime Minister was referring to a recent IMF report which stated that Malaysia’s real GDP growth has surprised on the upside and is projected at 5.5–6.0 per cent for 2017, driven by domestic demand and robust exports.

“Proof that we are heading in the right direction,”PM Najib Razak said in his Twitter post.

IMF stated that the authorities’ comprehensive structural reform agenda, laid out in the 11th Malaysia Plan, which focused on supporting higher productivity and improving labour market outcomes, would help boost medium-term growth and improve living standards.

“Priority should be given to policies to encourage female labour market participation and reduce skill mismatches,” it said.

IMF team, led by Nada Choueiri, visited Kuala Lumpur and Putrajaya from Nov 28 until Dec 8 2017 to conduct discussions for the 2018 Article IV Consultation with Malaysia.

The team exchanged views with senior government and Bank Negara Malaysia (BNM) officials and met with representatives from the private sector and think tanks.

In a statement after the conclusion of the visit, Choueiri stated that the Malaysian economy has shown resilience in recent years and continues to perform well.

“However, core inflation and credit growth are contained. Headline consumer price inflation has gone up on higher oil prices, and is projected at close to four per cent for 2017. On the external side, the current account balance surplus has increased, helped by strong exports,” Choueiri said.

“Real GDP growth is projected at 5.0–5.5 per cent in 2018. While the cyclical upturn will begin to normalise, momentum in activity is expected to remain strong in the first half of the year, supported by domestic demand and continued strength in global trade.

“Headline inflation is expected to decline to the 3.0–3.5 per cent range on lower impact from global oil prices.

“Risks to the near–term outlook are balanced. Strong global demand for electronics, which has benefited Malaysia’s exports, could last longer than anticipated, while downside risks, include policy uncertainty in advanced economies and tighter global financial conditions. Going forward, striking the right balance in policies will be key.

“The government’s planned pace of fiscal consolidation for 2017-2018 is appropriate, and will help build buffers and maintain financial market confidence.

“In the medium term, fiscal policy should follow a gradual consolidation path, and the composition of adjustment could be improved to make it more revenue based and to make room for the structural reforms and increased social spending for inclusive growth.

“Medium-term fiscal targets should be better communicated. The current accommodative monetary policy stance with a bias towards reduced accommodation is appropriate, given above–potential growth but still stable core inflation.

“The financial sector is resilient. Bank profitability and liquidity are sound, and corporate access to credit remains healthy. While housing price growth has moderated, pockets of risks exist in exposures to household mortgages and the property development sector. However, their impact on macro-financial stability appears contained.

“Priority should be given to policies to encourage female labour force participation; improve the quality of education and skills; improve vocational and technical training to reduce labour market skill mismatches; encourage research and development; and update public infrastructure,” she said. — Bernama


#PMNajib #DatukSeriNajibTunRazak #NajibRazak #首相纳吉


#Malaysia #GDP #IMF #Economy

No comments:

Post a Comment