Malaysia, Maldives Tandatangani Empat MoU Perkukuh Kerjasama






MALE-Malaysia dan Maldives menandatangani empat Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara, pada Selasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan ke negara ini dan Presiden Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom menyaksikan pemeteraian MoU itu.

Memorandum bagi kerjasama dalam bidang latihan kebombaan dan menyelamat ditandatangani oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Tan Sri Noh Omar dan Menteri Pertahanan dan Keselamatan Negara Maldives Adam Shareef Omar.

MoU bagi kerjasama dalam bidang kesihatan ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan rakan sejawatnya daripada Maldives Abdulla Nazim Ibrahim.

MoU bagi penubuhan Pusat Kebudayaan Maldives di Malaysia ditandatangani Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Luar Maldives Dr Mohamed Asim manakala kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi ditandatangani Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan Maldives Dr Aishath Shiham.

-- BERNAMA

Facebook Comment