Ku Li Akui Mahathir Punca UMNO Berpecah

Perpecahan dalaman sehingga membawa kepada pengharaman UMNO pada 1988 berpunca daripada bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas perkara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mendedahkan bahawa ia turut diakui oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri yang dihadiri perdana menteri pada minggu lalu.

“Malah Ku Li juga bersetuju bahawa orang yang bertanggungjawab dengan kekalahan BN Kelantan adalah Mahathir, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Sandang Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Pada tahun April 1987, berlaku perpecahan di dalam UMNO selepas Tengku Razaleigh tewas tipis kepada Dr Mahathir dalam pemilihan jawatan Presiden parti itu

Susulan itu, 11 orang ahli parti membawa kes ke mahkamah tinggi untuk memohon keputusan pemilihan pimpinan UMNO tidak sah.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan parti keramat itu sebagai pertubuhan haram.

Berikutan itu, ramai pemimpin parti diketuai Tengku Razaleigh atau dikenali Ku Li keluar parti dan menubuhkan Semangat Melayu 46, namun menyertai UMNO semula.

Manakala Dr Mahathir kini mengetuai PBBM bersama bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin.

Sementara itu, Jazlan berkata beliau turut dimaklumkan bahawa perpecahan pada akhir 1908 an itu disebabkan sikap bekas perdana menteri ke-4 itu yang hanya memikirkan kepentingan peribadi.



Author:

Facebook Comment