Ganjaran RM5,000 Jika Dapat Temukan Kubur Ibubapa Kit Siang - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, December 13, 2017

Ganjaran RM5,000 Jika Dapat Temukan Kubur Ibubapa Kit Siang

Habuan sebanyak RM5,000 akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang berjaya menemukan pusara ibu bapa Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Presiden Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata, tawaran ini dilakukan setelah bosan menunggu sandiwara ahli veteran DAP itu yang masih berteka-teki berkenaan status tempat kelahirannya.

“Kita mahu tahu adakah Lim Kit Siang ini lahir di Malaysia atau secara tiba-tiba dia dibawa ke sini.

“Kalau dia dilahirkan di sini, sudah tentu ibu bapanya telah datang ke Malaysia masa itu, tetapi adakah betul? Setidak-tidaknya tunjukkanlah kubur ibu bapanya kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Petaling Jaya, Selasa.

Menurutnya, beliau tidak berniat membuat sebarang tuduhan kepada Kit Siang, tetapi mempersoalkannya berikutan beberapa kekeliruan telah berlaku berkaitan tempat kelahiran Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu.

“Sebelum ini, dia jadi wakil rakyat di Pulau Pinang, dia kata dia lahir di sana, lepas itu jadi wakil rakyat Ipoh Timur dia kata lahir di Ipoh, sekarang di Gelang Patah, dia kata dia juga rakyat Johor. Jadi mana satu yang betul?

“Saya kecewa tindakan Kit Siang yang berdiam diri dan membuatkan orang ramai tertanya-tanya, sebab itu saya akan beri RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang membuktikan penemuan kubur ibu bapa dia di Malaysia,” katanya.

Difahamkan beliau membangkitkan perkara ini susulan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2017 lalu bahawa penasihat DAP itu berhasrat menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa hadapan.

“Kalau perkara macam ini pun dia tidak boleh buktikan, lebih baik lupakan hasrat dia itu, malah dia sebenarnya tidak layak menjadi wakil rakyat di Malaysia.

“Saya sudah menyemak status kelahirannya di Jabatan Pendaftaran Negara yang memaklumkan beliau dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Tetapi maklumat itu tidak cukup menyakinkan.

Katanya, Kit Siang sepatutnya mendedahkan peristiwa kelahiran dirinya kepada rakyat Malaysia.

“Kita mahu tahu bagaimana dia lahir, siapa sambutnya, di mana hospitalnya atau mana alamat rumah kelahirannya.

“Sebelum ini di wikipedia ada tertulis Kit Siang tiba di Malaysia pada tahun 1957 dan bukan dilahirkan di sini, selepas itu wikipedia tulis dia lahir di Batu Pahat pula, jadi ini yang membuat kita keliru,” katanya.

Ogos lalu, Ramesh telah membuat dua laporan polis berkenaan isu tempat kelahiran bapa Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Kita telah buat laporan polis di Petaling Jaya dan Batu Pahat bulan Ogos lalu. Tapi belum dapat apa-apa perkembangan.

“Jadi saya harap dengan tawaran ini, segala perkara yang meragukan tentang Lim Kit Siang akan dapat dibongkarkan dengan cepat,” jelasnya.



No comments:

Post a Comment