Bunuh Bill Kayong, 23 Januari dengar rayuan pembebasan tiga tertuduh


MIRI: Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Januari depan untuk mendengar perkembangan kes rayuan berhubung pembebasan tiga tertuduh dalam kes bunuh aktivis sosial, Bill Kayong.Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie turut menetapkan 19 dan 20 Mac 2018 sebagai tarikh tentatif untuk mendengar keterangan bela diri tertuduh pertama dalam kesini Mohamad Fitri Pauzi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) AftalMariz memaklumkan kepada Syafique bahawa kes rayuan berhubung pembebasan tertuduh kedua, ketiga dan keempat dalam kes ini akan didengar di Mahkamah Rayuan Kuching pada 5 Februari 2018.Mahkamah kemudian menetapkan 23 Januari depan untuk mendengar perkembangan terkini kes tersebut.

Mohamad Fitri, 30, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian BillKayong.Jika disabitkan bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass di sini.

Pada 6 Jun lalu, Hakim Ravinthan N.Paramagurumendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap Fitri justeru memerintahkannya membela diri.Pada tarikh sama, beliau memutuskan tertuduh Lie Chang Loon, Chin Wei Chung dan Datuk Stephen Lee Chee Kiang, masing-masing tertuduh kedua, ketiga dan keempat dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Bill Kayong setelah mendapati tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan mereka.

Bagi kesalahan itu, Lie, 38, dari Taman Pin Fook; Chin, 51, dari Lorong 5 Krokop dan Datuk Stephen Lee, 45, dari Jalan Woodhouse, Tanjong Lobang di sini masing-masing didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 302 kanun sama yang turut memperuntukkan hukuman mati, jika disabitkan bersalah.

Dalam kes itu, ketiga-tiga tertuduh dituduh bersubahat dengan seorang lagi yang masih bebas untuk mengupah Mohamad Fitri untuk membunuh Bill Kayong.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan tempat yang sama.Mahkamah kemudian memerintahkan MohamadFitri ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Hadir sama Ravi Varma Arasu selaku peguam pemerhati keluarga Bill Kayong.

Facebook Comment