老马和安华竟然把人民血汗国家前途拿去“赌”‼️ - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, December 30, 2017

老马和安华竟然把人民血汗国家前途拿去“赌”‼️

开着限量跑车,住大屋,游艇环游世界的是老马的子子孙孙 😡
而“債”留子民和接棒者替他“擦屁股”
“Aktiviti pertukaran wang asing spekulatif, dengan bahasa yang lebih mudah,
adalah sejenis aktiviti "perjudian" untuk mendapatkan pulangan yang cepat”

👉分辨炒外汇活动与有效管理外汇市场的差别
👉炒外汇具有赌博性质
👉国行在炒汇案面对巨额损失,政府当时被逼将马电讯及国能股份,以每股1令吉转让给国行
👉平衡马币市场的供应与需求;监督外汇交易见成效
------------
第二财长拿督斯里佐哈利表示,国家银行有责任向市场释放资金,以平衡马币市场的供应与需求。

佐哈利今日发表一封公开信,回应前首相敦马哈迪指国行动用外汇储备金拯救令吉的指责表示,公众必须懂得分辨炒外汇活动与有效管理外汇市场的差别。

他说,炒外汇具有赌博性质,而有效管理外汇市场则是平衡市场上马币的供应与需求。

他也指出马哈迪任内的炒外汇案,任政府不得不采取激烈手段,包括转让股份给予国行来掩盖炒外汇亏损的事实。

他说,由于国行在炒汇案面对巨额损失,政府当时被逼将马电讯及国能股份,以每股1令吉转让给国行。

他说,国行之后重新评估马电讯及国能的股份价值,分别为每股22令吉10仙及19令吉30仙。

“此外,国行被逼以每股8令吉的价格,转让马航股份给予第三者。国行也以每股10令吉的价格出售国际船务公司(MISC)的股票给予公积金局。”

他说,假设国行炒外汇亏损不是事实,政府根本无需采取如此激烈的手段,藉此来赚取盈利,这明显违背国行管理外汇储备的原则。

“国行1994年1月21日的内部稽查报告已清楚列明,国行银行部涉及操作超出被允许的外汇交易数额,即每月平均交易额从1992年的1400亿令吉,提高至1993年的7500亿令吉。”

他说,该稽查报告也点出当时国家银行的股东基金只有44亿令吉,外汇储备金约439亿8000万令吉,如此具有投机性质的炒外汇活动,明显抵触抵触1958年国家银行法令第4条文。

他强调,国行之后进行全面改革,以全面监督外汇交易活动,并已初见成效。

“尽管面对马币及资金流不稳定的问题,不过国家经济的基本面依然保持韧性与强劲。截至今年11月,国家的外汇储备达到1019亿美元,足以融资7.5个月的保留进口。”
---------
Kehadapan Tun,

1. Ramai sahabat saya yang menjadi pembaca blog Tun, telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai penulisan terbaru Tun berjudul "Dear Mr Johari" mengenai isu urus niaga pertukaran mata wang asing. Pada mulanya saya memberitahu mereka bahawa saya sudah banyak kali menjawab mengenai perkara ini dan saya tidak mahu memanjangkan perbincangan mengenai isu ini terutamanya kerana sudah ada pasukan bebas di PDRM menyiasat perkara ini. Perkara berkaitan tukaran asing ini kadangkala terlalu teknikal untuk difahami orang awam terutama berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pengurusan rizab antarabangsa negara. Bagaimanapun, saya merasakan cara terbaik adalah melalui perbincangan dengan meletakkan perkara itu dalam perspektif mudah supaya dapat difahami.

2. Adalah sangat penting bagi orang ramai memahami perbezaan antara aktiviti pertukaran mata wang spekulatif dan pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur. Aktiviti pertukaran wang asing spekulatif, dengan bahasa yang lebih mudah, adalah sejenis aktiviti "perjudian" untuk mendapatkan pulangan yang cepat. Namun, pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur sangat jauh berbeza yang mana kemudahan mudah tunai oleh BNM kepada pelabur di negara ini untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang berkaitan dengan penawaran dan permintaan ringgit di pasaran.

3. Untuk melihat perkara ini secara perspektif, ia boleh dilihat melalui Laporan Audit Dalaman yang disediakan oleh Juruaudit Dalaman BNM bertarikh 21 Januari 1994 yang mana Bahagian Operasi Pertukaran Asing Jabatan Perbankan di BNM terbabit dalam aktiviti perdagangan tukaran asing yang banyak sehingga pembelian matang dan urus niaga pertukaran mata wang bulanan yang berjumlah purata RM140 bilion pada tahun 1992 telah meningkat kepada RM750 bilion pada tahun 1993! Sebahagian besar urus niaga itu bersifat spekulatif dan tidak mencerminkan mandat BNM untuk mengekalkan keadaan teratur dalam pasaran pertukaran asing mengikut Seksyen 4 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958.

4. Laporan Audit Dalaman itu juga menekankan bahawa magnitud urus niaga spekulasi pertukaran asing dianggap sangat berlebihan memandangkan dana pemegang saham BNM hanya RM4.4 bilion dan rizab antarabangsa negara itu hanya RM43.98 bilion pada masa itu. Aktiviti spekulatif ini menyebabkan BNM mengalami kerugian urus niaga pertukaran asing berjumlah RM31.5 bilion dalam tempoh itu.

5. Laporan Audit juga menyatakan bahawa aktiviti perdagangan pertukaran mata wang asing spekulatif yang dijalankan oleh bank pusat pada masa itu telah dilakukan oleh Bahagian Pertukaran Asing Jabatan Perbankan BNM, yang diketuai oleh penasihat / pengurusnya, Encik (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop, yang kemudiannya menjadi Menteri Kewangan Kedua.

6. Dengan skala kerugian aktiviti spekulasi pertukaran asing yang besar, Kerajaan dipaksa untuk memindahkan sahamnya di Telekom dan Tenaga Nasional Berhad kepada BNM pada nilai nominal RM1 sesaham dan saham-saham ini telah dinilai semula oleh BNM pada RM22.10 setiap saham dan RM19.30 sesaham untuk Telekom dan TNB. Di samping itu, BNM terpaksa melupuskan saham Malaysia Airlines kepada pihak ketiga dengan harga RM8 sesaham dan saham MISC pada RM10 sesaham kepada Kumpulan Wang Pencen untuk mendapatkan keuntungan. Jika kerugian pertukaran asing spekulatif ini tidak nyata, Kerajaan tidak akan mengambil tindakan drastik ini untuk menutup kerugian BNM pada masa itu.

7. Sejak episod kerugian yang dialami pada 1993, BNM dan negara telah berjaya mengambil pelbagai langkah menambahbaikan , terutamanya dalam melaksanakan pembaharuan serta langkah semak dan imbang yang perlu berkaitan aktiviti urus niaga hadapan pertukaran mata wang asing. Hasil daripada pembaharuan ini, walaupun berlaku ketidakstabilan aliran modal dan ringgit dalam tempoh yang lalu, ekonomi kita terus kekal berdaya tahan dan keupayaan BNM untuk menjaga kestabilan kewangan dan ekonomi masih tidak dapat dikompromi. Malah, rizab antarabangsa terus kukuh dan pada akhir November 2017 rizab berjumlah AS$101.9 bilion dan kerajaan dapat mengekalkan 7.5 bulan import tertangguh. Saya rasa sudah cukup untuk saya menjelaskan mengenai subjek ini dan jika ada pihak yang masih tidak mahu menerima dan memahami kebenaran, maka tiada ada apa lagi yang dapat saya katakan.

8. Saya berharap agar Tun sekeluarga terus berada dalam kesihatan yang baik dan Selamat Tahun Baru saya ucapkan. Semoga Tahun Baru ini membawa lebih banyak rahmat dan kemakmuran kepada kita semua rakyat Malaysia.

Yang Benar,

Johari Abdul Ghani

26/12/2017



#BankNegara #Forex #Loses #BNM #Mahathir #TUNM #PakaTUN
#JohariAbdulGhani #Ringgit #MYR

No comments:

Post a Comment