Banjir: Dua Pusat Pemindahan Dibuka Di Sarawak - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, December 21, 2017

Banjir: Dua Pusat Pemindahan Dibuka Di Sarawak






MIRI-Dua buah pusat pemindahan banjir dibuka di Limbang, Sarawak, menempatkan 161 orang mangsa daripada 47 keluarga setakat pukul pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kedua-dua pusat pemindahan yang dibuka ialah Dewan Masyarakat Trusan dan Dewan Masyarakat Medamit yang dibuka malam tadi.

"Dewan Masyarakat Trusan menempatkan 68 mangsa daripada14 keluarga dan Dewan Masyarakat Medamit mempunyai 93 mangsa daripada 33 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, tiga buah sekolah rendah di Limbang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, SK Nanga Merit dan SK RC Kubong ditutup kerana banjir.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment