Amar Makruf Nahi Mungkar Apabila Bersama Dengan DAP Dan Peliwat - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, December 20, 2017

Amar Makruf Nahi Mungkar Apabila Bersama Dengan DAP Dan Peliwat

Ayat 'Amar Makruf Nahi Mungkar' adalah satu ungkapan ayat suci Al-Quran yang bermaksud 'mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran'.

Mengajak kebaikan bermakna mengajak manusia mentaati Allah dan mencegah kemungkaran bermaksud menghalang manusia daripada melakukan perkara maksiat.

Namun semalam, Amar Makruf Nahi Mungkar telah diungkapkan oleh pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau memberikan nasihat kepada pelakon yang baru mendapat gelaran Datuk iaitu Farid Kamil ketika beliau bertemu dengan Mahathir.

Video nasihat berkenaan kemudiannya telah disebarkan oleh pro Mahathir, kononnya sebagai satu sindiran kepada pemimpin negara. Farid Kamil sendiri dana para artis kena bersyukur, bawah kepimpinan sekarang macam macam dana dan geran diberikan pada artis.

Zaman Mahathir dulu mana ada geran sampai berpuluh juta untuk artis buat filem. Ramai artis yang kena gam adalah. Kebajikan artis yang veteran pula tidak pernah diambil tahu macam sekarang ini.

Farid Kamil sendiri terima nikmat geran ini sampai lapan angka nilainya, jadi hendak protes buat apa lagi? Apa lagi yang tidak kena? Pangkat 'dato' pun dapat lagi, Mat Over yang sokong kuat pun tidak dapat macam itu.

Sebenarnya Mahathir sendiri sepatutnya mempraktikkan nasihat Amar Makruf Nahi Mungkar itu terlebih dahulu dalam kehidupannya.

Cuba lihat dalam persekitaran hidup Mahathir. Beliau kini sanggup bersama dengan parti DAP yang sebelum ini mempertahankan pesta arak Octoberfest walaupun ia tidak dibenarkan diadakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana bimbang membawa mudarat kepada orang ramai.

Walaupun dilarang, namun pemimpin DAP iaitu ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San mempertikaikan keputusan pihak berkuasa tempatan dan polis yang melarang acara itu diadakan.

Begitu juga dalam isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Bukan sahaja DAP yang menyokongnya melalui Jawatankuasa Transgender pada Mei tahun lepas di Pulau Pinang, malah anak perempuan Mahathir iaitu Marina sememangnya dikenali sebagai aktivis yang memperjuangkan LGBT, bukan sahaja di dalam malah di luar negara.

Lihat gambar Marina ini bila berhadapan dengan isu kalimah Alllah. Ini cara amal mahruf dan nahi mungkar?



Begitu juga dalam keluarga Mahathir. Beliau sendiri melarang isterinya, Siti Hasmah daripada memakai tudung bahkan perkara itu didedahkan sendiri oleh Siti Hasmah.

"Bila kita bertudung, kita mesti minta kebenaran daripada suami. Saya ada teringin selepas balik dari Makkah, naklah ambil berkat pakai tudung... sampai beliau (Dr Mahathir) palingkan mukanya," katanya dalam rakaman video yang disiarkan oleh sebuah portal pembangkang, pada bulan November lalu.

Itu cerita tudung Siti Hasmah. Tidak masuk lagi cerita cucunya yang tidur dan peluk dengan anjing, seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini. Othman Mirzan, anak kepada Mirzan Mahathir telah memuatnaik gambar berkenaan dengan kapsyen "All my bitches love me".



Bukan itu sahaja, kehidupan mewah Meera Alyanna Mukhriz, anak kepada Mukhriz Mahathir juga diperkatakan ramai selepas Meera lebih dikenali dengan Ally, mempamerkan gaya hidup umpama seleriti hinggakan menjadi tumpuan ramai.

Ally juga sering menjalani percutian mewah di seluruh dunia, serta bertuah kerana menjadi pemilik bot yang dinamakan sempena namanya.



Itu dalam bab keluarganya, dalam politik pula, hubungan Mahathir dengan Anwar Ibrahim, yang dihukum penjara kerana kesalahan liwat turut menjadi perhatian. Adakah beliau terlupa Amar Makruf Nahi Mungkar ini apabila bersama dengan Anwar yang merupakan peliwat?

Jadi sebelum memberikan nasihat kepada orang lain, elok jika kita lihat dalam diri sendiri. Relevankan nasihat yang diberikan oleh Mahathir kepada Farid Kamil itu? Eloklah Farid Kamil sendiri menilainya.

Jangan jadi ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Telunjuk lurus tunjuk kesalahan orang, kelingking berkait kena pada batang hidung Mahathir sendiri.


Tulisan :
Beruang Biru
BB706, Rabu
20 Disember 2017

No comments:

Post a Comment