Adakah Mahathir Akan Berpatah Balik? - Randau Sarawak

Breaking

Friday, December 29, 2017

Adakah Mahathir Akan Berpatah Balik?


Mahathir Mohamad diminta menjelaskan berhubung dakwaan beliau sedang berunding supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata mantan perdana menteri itu perlu menjawab kerana ia jelas menunjukkan beliau tidak mempercayai Pakatan Harapan yang diterajuinya.

“Saya lihat Mahathir ini sangat obsesi mahukan anaknya jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau sanggup buat apa saja, termasuk pusingan U dan buat rundingan dengan BN untuk Mukhriz bertanding mewakili parti itu.

“Apa yang Mahathir buat ini kerana beliau percaya dengan tiket UMNO dan BN saja anaknya berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya hari ini di ibukota.

Bekas Naib Presiden Transparency International (IT) itu mengulas laporan Raja Petra Kamarudin diblognya yang mendakwa Dr Mahathir sedang membuat perundingan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menyelamatkan karier politik Mukhriz.

Antara lain, persetujuan itu memerlukan Najib melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) serta memberinya jawatan Kabinet, sama ada Menteri Kewangan atau Menteri Dalam Negeri.

Sebagai balasan, Mahathir akan berhenti menyerang Najib dan akan beralih kepada BN.

Pada masa sama, Tunku Abdul Aziz meminta penasihat DAP, Lim Kit Siang, memberikan reaksinya berhubung dakwaan itu.

“Penjelasan Kit Siang penting untuk pengundi kerana mereka kini keliru dengan pelbagai taktik luar jangka yang dibuat Mahathir, ” katanya.

No comments:

Post a Comment