Usul Ditolak, BN Selangor Hantar Memorandum Kepada Sultan

Kumpulan ADUN BN Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai membantah tindakan DUN negeri menolak usul membahas isu kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina komuniti Bugis.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mengetuai kumpulan berkenaan ke Istana Bukit Kayangan berkata memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.

“Memerondum ini adalah bagi membantah tindakan DUN Selangor menolak usul bagi membahaskan isu kenyataan Mahathir sedangkan ia perkara berkepentingan kerana Sultan Selangor sudah menzahirkan kemurkaan baginda,” katanya di luar Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini



Tambah Mat Nadzari (foto), ia juga sebagai tanda sokongan kepada Sultan Sharafuddin yang menzahirkan kemurkaannya kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu serta mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat pendirian sebenar kerajaan Selangor.



Author:

Facebook Comment