Ringgit Ditutup Kekal Kukuh 


Apabila Ringgit jatuh secara tiba-tiba kepada serendah RM4.49 selepas pemilihan presiden Trump pada akhir tahun lalu, Macai Pakatan sangat gembira dan berkata bahawa ianya akan turun kepada RM5.00 dengan bangga menyebar mesej di WhatsApp dengan mengatakan "See you at 5".

Tetapi trend kini bertentangan dan nampaknya Ringgit akan terus mengukuh dalam jangka pendek dan sederhana.

*********
Ringgit meneruskan peningkatan sehingga mencecah lebih satu tahun tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selepas menerima sokongan daripada jangkaan Bank Negara Malaysia akan meningkat kadar dasar semalaman 25 mata asas berikutan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.2 peratus yang telah dicatatkan dalam ketiga suku tahun ini.

Dengan sentimen yang memberangsangkan, ringgit ditutup pada 4.1380/1420 berbanding dolar AS, naik sehingga 100 mata asas, daripada 4.1480/1510 yang direkodkan semalam.

Tahap ini dilihat kali terakhir pada 10 Oktober 2016.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi ke atas sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0525/0568 daripada 3.0599/0623 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8526/8586 daripada 4.8917/8961 yang dicatatkan pada Isnin.

Ringgit menokok berbanding pound British kepada 5.4779/4836 daripada 5.5073/5134 pada hari Isnin dan bertambah berbanding yen kepada 3.6805/6844 daripada 3.6993/7026. - BERNAMA




Author:

Facebook Comment