Peserta Forum Tidak Puas Hati Jawapan ‘Selamat ’ Mahathir, Kit Siang

Sekiranya soalan tersebut ditanya semasa Mahathir berkuasa, dijamin yang menyoal akan ditahan, disoalsiasat dan brainwash. 

**********
SKRIPNYA sudah dijangkakan dan jawapan diberi tidak menjawab sepenuhnya soalan yang dilontarkan.

Itu adalah respons yang 250 belia yang menghadiri forum menampilkan dua pemimpin veteran Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang di Petaling Jaya, Selangor, malam tadi.

Semua soalan pedas yang diajukan kepada kedua-duanya, walaupun dijawab, tidak memuaskan hati pihak yang bertanya.

“Saya rasa Lim menjawab soalan saya walaupun cuba berdiplomasi. Katanya, jika ada jenayah berlaku ia akan disiasat,” kata Tharmelinggem Pillai, 24, kepada The Malaysian Insight apabila ditemui selepas "Forum What Say Youth" di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, malam tadi.

Tharmelinggem mengajukan soalan kepada Lim sama ada Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya.

Tharmelinggem bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan Mahathir kepadanya berkenaan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

“Jawapan Mahathir, polis menasihatkan menggunakan akta itu, tidak menjawab dengan jelas,” katanya lagi.

Tharmelinggem mengakui dia membesar sebagai penyokong tegar pembangkang namun masih belum membuat keputusan sama ada untuk mengundi PH dalam pilihan raya akan datang.

Bakal pengundi kali pertama tersebut mengakui faktor Mahathir menyebabkan beliau berfikir dua kali untuk mengundi blok pembangkang tersebut.

“Sebab itu saya datang malam ini untuk bercakap dengan Mahathir, sebab saya memang tak sukakan dia.”

Bagi Jason Wong, 31, dia merasakan Mahathir tidak menjelaskan bagaimanakah PH mampu mengubah sistem hari ini untuk tidak memberikan kuasa mutlak kepada perdana menteri.

“Dia hanya berkata perlu ada perubahan sedikit kepada sistem tetapi bagaimana kita hendak halang seseorang itu menggunakan wang untuk mendapatkan apa yang dimahukannya?” soal Jason.

Jason juga menzahirkan kekecewaannya apabila Mahathir tidak menjelaskan apakah yang dilakukan kepada sistem negara yang didakwanya memberikan kuasa mutkak kepada perdana menteri.

Namun, Jason berkata beliau masih menyokong PH kerana percaya ia mampu membawa perubahan kepada Malaysia.

Sementara itu, seorang graduan sains persekitaran berkata Mahathir perlu menolak konsep ketuanan Melayu yang sering digunakan untuk memanipulasikan masyarakat Melayu berpendapatan rendah bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa.

“Saya mahu ketuanan Melayu ditolak kerana ia memanipulasi golongan Melayu miskin,” kata beliau berusia 23 tahun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Jason.

Jason berkata jawapan diberikan malam ini merupakan skrip ulangan yang disajikan kepada penyokong-penyokong PH kebelakangan ini.

“Saya berpuas hati dengan soalan-soalan tajam yang ditanya malam ini tetapi tidak dengan jawapan diberikan walauopn kita tahu selepas mengikuti (perkembangan) pembangkang, skrip mereka ini memang sudah dijangkakan.” 



Author:

Facebook Comment