Mahathir Berbohong Untuk Hapuskan GST Kerana Mahu Mengemis Undi

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya membuat ‘u-turn’ apabila bersetuju bahawa Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST) mampu menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebelum ini, meskipun Dr Mahathir mengetahui kebaikan GST namun beliau tetap menyatakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) adalah lebih baik daripada sistem yang digunapakai sekarang kerana ingin menagih simpati undi daripada rakyat.

“SST yang mahu diguna pakai semula oleh Dr Mahathir mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.

“Pengenalan sistem SST ini bukan sahaja keterbelakang, malah membebankan rakyat secara tersembunyi.

“Tun Mahathir tahu akan perkara ini kerana pentadbiran beliau sendirilah yang mengesyorkan kita menaik taraf kepada sistem GST. Sekali lagi beliau melakukan u-turn,” katanya menerusi blog rasmi hari ini.

Mengulas lagi, Najib berkata cukai berkenaan adalah lebih moden, telus, mempunyai perundangan yang lengkap serta diguna pakai oleh 160 buah negara di dunia.

“Pendek kata dari segi perbandingan sistem, GST adalah sistem yang moden dan lebih sistematik daripada SST.

“Namun bagi mengemis undi, Dr Mahathir ingin menampakkan seolah-olah pembangkang akan menghapuskan GST tetapi sebaliknya akan menggantikan dengan SST di mana kadarnya tidak dimaklumkan.

“Bukankah ini satu pembohongan? soal Pengerusi BN itu lagi.



Author:

Facebook Comment