MA63: Lina Soo jadi ayam jantan, sahut cabaran debat terbuka Pandikar Amin Mulia




KUCHING: Umpama buku bertemu ruas, “cabaran” Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia disambut Presiden Parti Reformasi Sarawak (STAR) Lina Soo semalam.

Lina yang terkenal dengan gerakan referendum untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mengumumkan bahawa beliau “bersedia” menyambut cabaran debat terbuka Pandikar.

“Kita akan adakan sidang media esok (hari ini) untuk mengumumkan keputusan itu dan perincian perdebatan.

“Ia bukanlah untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi mahu menyelak kebenaran di sebalik MA63 untuk kepentingan generasi muda.

Kemenangan sebenar isu itu adalah apabila kebenaran dalam perjanjian bersejarah ini didedah secara terbuka kepada umum.

Sewaktu melancaran buku ‘Berpisah Tiada’ pada Isnin lalu, Pandikar Amin membuat cabaran untuk hadir pada bila-bila masa terutama bagi menjelaskan fakta berhubung Perjanjian Malaysia 1963 yang diputar belit banyak pihak.

Katanya, tiada dalil yang mengatakan Sabah dan Sarawak setara dan setaraf Tanah Melayu sebelum perjanjian itu ditandatangani.

Kenyataan itu bagaimanapun menghiris hati banyak pihak dari kedua-dua negeri tersebut. – Sarawakvoice

Facebook Comment