Kerajaan Timbang BR1M Tambahan Jika Pendapatan Daripada Minyak Meningkat

Nabi ajar bila dapat berita baik ucap Alhamdulillah, bila dengar berita kurang baik pun ucap Alhamdulillah.

Dari Aisyah, kebiasaan Rasulullah jika menyaksikan hal-hal yang beliau sukai adalah mengucapkan "Alhamdulillah alladzi bi ni'matihi tatimmus shalihat".

Sedangkan jika beliau menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan beliau mengucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal"" [HR Ibnu Majah no 3803 dinilai hasan oleh al Albani]

******************

(Bernama) -- Kerajaan akan mempertimbangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tambahan sekiranya peningkatan harga minyak memberikan pendapatan tambahan kepada kerajaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Katanya, pemberian BR1M tambahan itu adalah bagi meringankan beban masyarakat berpendapatan rendah berikutan peningkatan harga minyak.

"Kerajaan ambil maklum peningkatan harga minyak ini dan kalau peningkatan ini menyebabkan kerajaan dapat lebihan pendapatan yang boleh kita sumbangkan kepada masyarakat berpendapatan rendah seperti penerima BR1M, kemungkinan besar kita boleh mempertimbangkan BR1M tambahan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri itu menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkenaan pertambahan hasil kerajaan berikutan peningkatan harga minyak.

Bagaimanapun, katanya, pemberian BR1M tambahan berkenaan adalah bersifat tidak kekal.

Menurutnya, bagi peningkatan setiap dolar US bagi satu tong harga minyak mentah dunia, kerajaan akan mendapat pendapatan tambahan kira-kira RM300 juta.

Menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) berkaitan impak sistem apungan harga minyak, Johari berkata, sejak diperkenalkan, impak sistem berkenaan kepada pengguna hanya berjumlah satu sen.

"Sejak kita apungkan, ada 12 kali turun dengan jumlah 74 sen dan 19 kali naik berjumlah 75 sen. Jumlah impak keseluruhan satu sen," katanya.

Menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) dan Ong Kian Ming (DAP-Serdang) berkaitan wang tidak dituntut, Johari berkata, sejak 1977 sehingga September lepas, jumlah wang tidak dituntut yang direkodkan ialah RM9.06 bilion.

Daripada jumlah berkenaan, katanya, RM1.64 bilion telah dibayar balik kepada pemilik dan RM1.46 bilion dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan.



Author:

Facebook Comment