Keengganan Mahathir Isytihar Harta, Boleh Ke Percaya Komitmen Nak Menangani Kronisma


Sikap berdiam diri Mahathir Mohamad berhubung desakan supaya beliau mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki termasuk oleh anak-anaknya, merisaukan rakyat mengenai komitmen bekas Perdana Menteri itu dalam menghapuskan kronisme sekiranya kembali memimpin negara

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, rakyat pelik bagaimana beliau yang bukan seorang ahli perniagaan berjaya atau memiliki harta yang banyak, manakala anak-anaknya terutama Mokhzani Mahathir pernah disenarai sebagai antara individu terkaya di Malaysia.

Katanya, kerisauan itu bukan sahaja ditegur oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah oleh beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini.

“Beliau hanya seorang Perdana Menteri selama 22 tahun tetapi anaknya boleh menjadi bilionair dan rakyat mahu tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku.

“Sekiranya beliau tidak menjawab sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perkara ini merisaukan rakyat mengenai komitmen beliau dalam menangani amalan kronisme,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa NGO bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengalami sindrom ‘berdiam diri’ setiap kali menerima desakan mengisytiharkan kekayaan beliau dan anak-anaknya.

Tunku Abdul Aziz mengakui agak sukar untuk mendesak Mahathir mengisytiharkan kekayaan, namun atas rasa tanggungjawabnya sebagai seorang bekas Perdana Menteri beliau perlu berbuat demikian.

“Jika dahulu yang mendesaknya adalah pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim tetapi kini mereka telah bergabung menjadi satu kumpulan dan tidak lagi mendesak Mahathir mengisytiharkan kekayaan,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor, Nasiruddin Mohamed berkata, semua pihak jangan berputus asa bagi mendesak Mahathir memperjelaskan kekayaan beliau dan anak-anaknya kerana bekas Perdana Menteri itu tidak mahu memberi respon dengan harapan isu itu terpadam.

“Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini pernah membangkitkan perkara sama tetapi mengapa Pakatan Harapan yang diketuai DAP kini tidak memperjuangkan perkara ini?” katanya.

********
Rujukan:

Mahathir Kaya Sebab Menabung Dari Muda?

Keluarga Mahathir Kaya-Raya, Kali Ini Ahli PPBM Pula Buat Laporan SPRM

SEMUA YANG ANDA INGIN TAHU TENTANG PENGLIBATAN PERNIAGAAN KELUARGA MAHATHIR TETAPI TAKUT UNTUK BERTANYA!

Mahathir pemegang saham syarikat jet peribadi FlyJet Sdn Bhd.

Mahathir Terpaksa Sewa Jet Eksekutif






Author:

Facebook Comment