Bandaraya Persahabatan: Jalan Gebeng Dinamakan Jalan QinZhou Dan Jalan Di QinZhou Dinamakan Jalan Kuantan

BENAR!! Jalan Gebeng di Kuantan telah bertukar nama kepada Jalan Qinzhou.

TETAPI, ini selaras dengan persetujuan Bandaraya Persahabatan yang ditandatangan tahun 2015 antara bandar Kuantan dan bandar Qinzhou, China.

Satu jalan di Bandar Qinzhou juga bertukar nama sebagai Jalan Kuantan.

Ini berikutan pelaburan negara China di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Kuantan, Malaysia dan pelaburan negara Malaysia di Taman Industri Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di bandar Qinzhou, China.

Sehingga Mei 2017, CMQIP sudah menarik pelaburan 30 bilion yuan (RM19.3bil).

Jangan senang ditipu oleh pembangkang. Projek bandar berkembar dan projek pelaburan bersama di dua-dua bandar ini banyak menguntungkan Malaysia juga.

Dorang labur dengan kita di negara kita, kita tukar nama satu jalan dan kita labur dengan depa di negara mereka, depa tukar nama satu jalan.

Apa salahnya?


Author:

Facebook Comment