Peruntukan
besar kerajaan Persekutuan berjumlah RM2.95 bilion kepada kerajaan
Selangor dipercayai hilang daripada rekod kewangan.
Perkara
itu dibangkitkan oleh ADUN BN, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan di DUN
Selangor yang mendakwa peruntukan yang disalurkan sejak tahun 2012
kepada Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) diseleweng oleh
kerajaan diketuai PKR.
“Di
bawah Perlembagaan Persekutuan, kenyataan anggaran perbelanjaan dan
amaun yang diterima oleh kerajaan negeri perlu dibentangkan dalam Dewan
Negeri,” kata ADUN Batang Kali itu hari ini
Kata Mat Nadzari, jumlah itu tidak dinyatakan dalam buku Belanjawan Anggaran Selangor sejak tahun 2012 hingga tahun ini.
Menurut
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Selangor menerima
kira-kira RM500 juta setahun di bawah MARRIS kerana ia adalah
pembayaran wajib yang tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Saya minta Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan sama ada ini adalah penyalahgunaan peruntukan MARRIS?
“Kita
bimbang jika terdapat penyalahgunaan, ia akan berleluasa jika ia tidak
ditangani,” katanya semasa sesi pertanyaan, ” kata Timbalan Pengerusi BN
Selangor itu.
Sementara
itu, bercakap di perkarangan bangunan DUN ,Mat Nadzari berkata rakyat
Selangor perlu merasa bimbang berkenaan kehilangan rekod transaksi
RM2.95 bilion itu.
“Menteri
Besar, Datuk Seri Azmin Ali perlu menjelaskan mengenai status
peruntukan itu dan mengapa ia tidak dapat dilihat dalam dokumen rasmi
Kerajaan Selangor.
“Selain
itu, isu ini juga menimbulkan persoalan sama ada belanjawan Selangor
sejak dari 2012 hingga 2017 melanggar Seksyen 14 dan 15 Jadual 8
Perlembagaan Persekutuan,” kata Mat Nadzri lagi.