[Video] Wan Ji Ditahan Kerana Video Hina ‘Tuanku’ - KPN



https://youtu.be/0GccwPjK9wA

Polis hari ini memberitahu Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin ditahan dalam siasatan ke atas video tular yang didakwa menghina “Tuanku”.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata polis bertindak di atas laporan yang dibuat terhadapnya. Wan Ji, yang baru 2 minggu dilantik sebagai pegawai penerangan ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan hari ini.

“Laporan sudah terima banyak hari dan hari ini kita dapat kesan dia kita tangkaplah,” kata Fuzi ketika ditemui di Padang Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara.

Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang kini turut ditahan di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”.

Beliau ditahan sejurus selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Wan Ji yang juga ketua exco agama Pemuda PKR dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.

Menurut Bernama, jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya baru-baru ini membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.

Satu lagi laporan polis dibuat di Kuala Lumpur.


Author:

Facebook Comment