Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Kebenaran Pembinaan 3 Tingkat Bangunan KTAR Dijadikan Alasan

Pembinaan Kondominium tersebut 50 tingkat dan hampir dengan lereng bukit berbanding Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) yang setinggi 3 tingkat dan jauh dari cerun. 

Kerajaan DAP Pulau Pinang berkata mereka tidak mengendahkan nasihat Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana JAS sebelum ini telah memberi kelulusan kepada kolej TAR pada tahun 2008 - jadi mereka fikir tidak salah memberi kelulusan kepada projek 2 blok bangunan berkembar 50 tingkat di tempat dimana berlaku tanah runtuh. 

Oleh itu, mereka mendakwa mereka tidak melakukan kesalahan.

Ya. Itulah alasan rasmi yang diberikan mengapa mereka mengabaikan penolakan sokongan JAS yang memberi amaran tentang bahaya yang akan berlaku.

Lihatlah pada gambar kawasan itu. Di manakah kolej TAR dan di mana kawasan tanah runtuh?

Di mana kolej TAR berada pada, cerun bukit? Bagaimana pula dengan tapak projek kondominium mewah?

Alasan yang datang dari kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin hari semakin tidak masuk akal.

Kerajaan DAP Pulau Pinang menganggap NGO dan Rakyat Pulau Pinang adalah bodoh.

Walau apa pun alasan oleh kerajaan DAP. Pulau Pinang, alasan penolakan oleh JAS telah terbukti dengan berlakunya malapetaka yang melibatkan nyawa manusia. 



********
RUJUKAN:
"Kenapa JAS lulus 2 projek lain dekat kuari, soal datuk bandar"

GEORGE TOWN: Datuk bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hari ini mempersoalkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) kenapa tidak menolak 2 projek lain yang lebih dekat dengan tapak kuari yang menyebabkan 11 pekerja maut ditimbus tanah runtuh di Tanjung Bungah.

Datuk Maimunah Mohd Sharif berkata, 2 projek itu terdiri daripada pembinaan rumah teres 3 tingkat dan kampus cawangan Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC).

Beliau berkata, JAS memberi sokongan kepada pembinaan kampus cawangan TARC pada 22 Mei 2008.

“Kedua-dua tapak itu kurang 350m dari kuari itu. Lokasi tanah runtuh di tapak pembinaan itu melebihi 350m,” katanya di Komtar hari ini.


Facebook Lim Guan Eng:


Author:

Facebook Comment