Seleweng Dana RM1.5b: Yusof Apdal ditahan SPRM

KOTA KINABALU  - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Lahad Datu, Datuk Mohd. Yusof Apdal ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini bagi membantu siasatan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara tahun 2009 hingga 2015.

Menurut sumber, Mohd. Yusof yang juga adik bekas Menteri KKLW bagi tempoh itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ditangkap di pejabat SPRM di sini.

“Ya, ditangkap kira-kira pukul 8 malam ini,” kata sumber itu ketika ditanya tentang perkembangan proses mengambil keterangan ke atas Mohd. Yusof.

Terdahulu pagi ini, Mohd. Yusof diminta hadir ke pejabat agensi berkenaan untuk memberi keterangan berhubung siasatan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.



Author:

Facebook Comment