Rumah Pesuruhjaya Pas Sarawak Terbakar, PAS Miri Rayu Derma



Pas kawasan Miri hari ini merayu agar bantuan dihulurkan kepada Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee yang rumah kediamannya hangus awal pagi tadi.

“Marilah kita bersama membantu beliau di waktu sukar sebegini. Ayuh, hulurkan sumbangan bagi membantu mereka sekeluarga,” kata satu kenyataan Pas Miri yang dikeluarkan pagi tadi.

“Pada awal pagi tadi Selasa 24 Oktober 2017, rumah keluarga Pesuruhjaya PAS Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraiee telah hangus dijilat api. Alhamdulillah, seluruh keluarga selamat namun rumah dan kenderaan 100 peratus terbakar!,” tambah kenyataan itu.

Katanya,  Jofri seorang petugas parti sepenuh masa yang telah meletakkan jawatannya dari sebuah syarikat minyak dan gas demi menggalas tanggungjawab perjuangan.

Facebook Comment